“I Love You More…” Bisikan Cinta Mira Filzah, M0hon Suami Bimbing Hingga Ke Syurga

Timeline di media sosial sejak semalam, terus dipenuhi dengan momen-momen indah sekitar perkahwinan selebriti jelita Mira Filzah dan Wan Emir Astar.
Dengan sekali lafaz, Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara di sini, malam tadi.

Bimbing saya ke syurga

Mahu menjadi isteri yang terbaik buat suami, menerusi satu temu bual, Mira yang merupakan pemenang trofi Bintang Popular (ABPBH), berharap agar suaminya dalam menerima segala kelemahannya dan membimbingnya hingga ke syurga.

“Saya mungkin bintang paling popular, tapi saya ada juga kekurangan. Not all time lemah lembut dan manis, jadi kalau ternampak selepas ini bimbinglah saya untuk jadi lebih baik sampai ke syurga…”

Kenal menerusi Instagram

Perkenalan yang bermula daripada perbualan Direct Message (DM) di Instagram, membawa hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan Julai lalu selepas hampir setahun berkenalan.

Majlis resepsi kedua berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang akan dipancarkan secara langsung di TV3.

Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi terbitan stesen televisyen (TV) itu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Berita Harian

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.