Bikin 0rang Sus4h, DPIM Gesa T!ndakan Tegas Terhadap Pencem4r Sungai Di Selangor

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas termasuk menutup atau menarik balik lesen operasi kilang di kawasan perindustrian Sungai Gong, Selangor yang menyebabkan pencemaran air.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Dewan Pemuda DPIM Shahir Adnan berkata kejadian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan LRA Rantau Panjang terpaksa henti operasi sejak Khamis menunjukkan seolah-olah mereka yang mencemar sungai tidak mempedulikan tindakan undang-undang atau tiada penguatkuasaan tegas oleh PBT.

Shahir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Perlindungan Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, siasatan awal kejadian itu mendapati punca pencemaran adalah disebabkan kilang menyelenggara mesin dan jentera di Sungai Gong yang gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat yang ditetapkan.

Akibatnya, sungai menjadi mangsa sehingga menjejaskan rutin harian 1.2 juta pemegang akaun air di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Oleh itu, katanya tindakan lebih tegas perlu diambil agar episod pencemaran sungai tidak berulang dan kelestarian alam semula jadi Selangor terus terpelihara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.