VIDEO Curig4 Pintu Bilik Selalu Terbuka Sendiri, Rupanya Kerja ‘Dia’

Sekumpulan pelajar di universiti tempatan terhibur melihat ‘aksi’ lincah seekor kucing yang pandai membuka pintu bilik mereka. Macam tak percaya kan?

Bukti kalau tak percaya


Melalui perkongsian oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aiman Ajmuddin itu, momen itu dipercayai berlaku di sebuah kolej penempatan di Kuala Terengganu. Salah seorang pelajar yang berada di dalam bilik tu memanggil kucing tersebut sebelum ia muncul dengan membuka tombol pintu bilik itu dengan sendiri.

Bagi mereka yang menganggap perkara itu sengaja dilakukan oleh orang yang berada di luar bilik, Aiman juga turut memuat naik satu lagi video yang dirakam dari luar bilik di mana menunjukkan kucing itu melompat tinggi ke arah tombol pintu untuk membukanya.

Kucing senior

Menurut salah satu screenshot perbualan Whatsapp yang dikongsi Aiman, kucing itu merupakan kucing ‘senior’ yang telah berada di kolej tersebut sejak 2016 lagi. Video berdurasi 17 saat yang berjaya mendapat lebih 180 k tontonan, 16.7 k retweets dan 16.2 k likes itu sememangnya berjaya mencuri perhatian di mana rata-rata meninggalkan komen terhibur dengan aksi kucing itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Aiman Ajmuddin

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.