Kerja Sambil Belajar! Abang Grab Sempat Hadir Kelas 0nline, Salin N0ta Atas M0tor

Selain ‘berkejar’ mengambil pesanan pelanggan, penghantar makanan juga mempunyai pelbagai tanggungjawab lain untuk dilakukan demi keperluan masa hadapan.

Terbaru, tular dua gambar dalam kalangan warganet Filipina yang memaparkan seorang pemuda Grab Food berehat seketika bagi mengikuti kelas pengajian secara dalam talian.

Sambil duduk di atas motosikal, pemuda tersebut mengeluarkan buku untuk menyalin nota selain menggunakan telefon bimbit dengan penuh fokus.

Gambar berkenaan dimuat naik seorang pengguna Facebook, Christian Lorenz Nuñez sehingga meraih 62,000 perkongsian dan hampir 70,000 tanda suka selain pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata menyifatkan pemuda itu sangat berusaha gigih selain berharap dia akan menjadi insan yang lebih berjaya satu hari nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Christian Lorenz Nuñez

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.