“Jangan Buka Sekarang, Saya Malu” Guru Tak Akan Lupa Bis!kan Murid Y4tim Pada Hari Jadinya, Meruntvn Hati Teng0k Hadiah Dalam K0tak Kasut

SIAPA tidak kenal dengan Mohd Fadli Salleh, guru viral yang sering membantu masyarakat terutama pelajar dari keluarga susah dan berpendapatan rendah.

Dek kerana kemuliaan keperibadiannya itu dengan kerjasama badan kebajikan, beliau bukan sahaja menjadi inspirasi masyarakat, malahan menjadi kesayangan murid-murid di sekolah.

Hari jadinya juga tidak dilupakan, disambut meriah oleh murid-murid beliau.

Mengimbas kembali kejadian tahun lalu, Mohd Fadli berkongsi kisah mengenai seorang pelajar bernama Iskandar yang telah kematian bapanya.

“Tahun lepas, Iskandar bersungguh-sungguh nak sambut hari lahir aku. Berpakat dia dengan seluruh murid dalam kelas kumpul duit RM3, seorang hanya untuk menyambut hari lahir aku di sekolah.

“Sebaik aku masuk kelas nak mengajar macam biasa, murid-murid buat kejutan menyanyi lagu Happy Birthday dan menarik tangan aku ke belakang untuk memotong kek.

“Iskandar setia duduk di sebelah aku. Perlahan dia berbisik cikgu, saya ada hadiah untuk cikgu. Tapi jangan buka sekarang. Saya malu,” tulis Mohd Fadli di halaman Facebook beliau yang dikongsi lebih 1,000 kali.

Mohd Fadli (kiri) menyuapkan kek pada Islandar.

Mohd Fadli berkata, dalam keadaan malu-malu, Iskandar mengeluarkan satu kotak kasut terpakai yang disorok di belakang badannya.

“Terima kasih atas hadiah ini. Cikgu sangat hargainya. Meh duduk sini sebelah cikgu. Makan sama-sama. Cikgu nak suapkan awak,” katanya.

Walaupun masih dalam keadaan tersipu-sipu, Iskandar akur dengan arahan guru itu namun jelas terpancar kegembiraan di wajahnya.

Bercerita mengenai Hari Terbuka yang mana ibu bapa diminta ke sekolah untuk bertemu guru, Mohd Fadli menjadi perhatian ibu Iskandar meskipun beliau bukan guru kelas kepada anak wanita itu.

“Cikgu. Tolong tengok Iskandar ya. Iskandar dah tak ada ayah. Acik la ibu, acik la ayah selama ini. Namun sejak cikgu ajar kelas dia, cikgu belikan baju untuk dia, belikan kasut, beli seluar, belanja makan, hari-hari Iskandar pulang dia akan bercerita tentang cikgu.

“Dia sangat sayang dan hormat pada cikgu. Balik rumah mesti akan cerita, Cikgu Fadli itu. Cikgu Fadli ini. Kena marah pun dia cerita, cikgu tak datang sekolah pun dia cerita. Suka betul dia pada cikgu. Cikgu tolonglah ajar dia elok-elok ya,” kata si ibu sambil mengelap air mata.

Mohd Fadli sering membantu murid-murid yatim dan miskin di sekolah beliau bertugas.

Guru itu berkata, selama ini semua anak yatim dan miskin di sekolah beliau bertugas sentiasa di bawah radarnya, antara lain mencari dana bantuan buat mereka.

Jelas Mohd Fadli, kotak kasut pemberian Iskandar dibukanya, yang hanya mengandungi mainan terpakai.

Punya dia ingin hadiahkan aku sesuatu sempena hari lahir aku. Sebak sungguh masa buka kotak hadiah ini.

MOHD FADLI SALLEH

“Ada monyet (patung), lori mainan dan sikat perapi. Agaknya anak sebesar ini tidak tahu nak beri apa. Tiada pula duit nak beli hadiah berjenama, maka dia main ambil sahaja mainan yang ada di rumah letak dalam kotak.

“Punya dia nak gembirakan aku. Punya dia ingin hadiahkan aku sesuatu sempena hari lahir aku. Sebak sungguh masa buka kotak hadiah ini,” katanya.

Hadiah untuk Mohd Fadli yang diletakkan dalam sebuah kotak kasut.

Namun tahun ini suasana dan perasaannya begitu berbeza apabila wajah Iskandar tidak lagi kelihatan di sekolah.

“Dari awal tahun mencari, sehingga aku mendapat khabar bahawa Iskandar sudah pun berpindah ke Perak. Tanpa sempat kami bertemu untuk ucap selamat tinggal, Iskandar hilang begitu saja.

“Semoga Iskandar terus maju jaya di tempat baharu. Dan semoga Iskandar membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dan berjasa suatu hari nanti.

“Ingat selalu pesan cikgu… Cikgu tak kisah jika suatu hari nanti kalian lupa nama cikgu, lupa wajah cikgu. Cikgu cuma hendak kalian sentiasa ingat, saat kalian hari ini anak yatim, saat hari ini kalian dari keluarga miskin, ada orang asing yang tiada hubungan persaudaraan pun dengan kalian datang membantu.

“Saat kalian membesar kelak, jadilah seperti orang itu. Membantu sesiapa sahaja tanpa syarat. Sentiasalah sebarkan kebaikan dan kasih sayang,” kata Mohd Fadli.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.