Sering Dikaitkan Dengan Raja Afiq, Raja Atiq Kini Mahu Dikenali Sebagai Atiq Azman

GARA-GARA pernah berlaku kekeliruan, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Nur, Raja Atiq membuat keputusan untuk menukar nama komersialnya kepada Atiq Azman.

Menurut Atiq, terdapat kekeliruan namanya dengan nama pelakon Raja Afiq sehingga pernah berlaku kesilapan pada poster yang dipromosi sebuah stesen radio dua tahun lalu.

“Masih ramai lagi orang panggil saya Raja Atiq… tak tahu kenapa. Sebab saya tukar stage name dari Raja Atiq kepada Atiq Azman sebab ramai orang keliru antara Raja Atiq dan Raja Afiq.

“Lebih kurang dua tahun lepas saya pergi ke sebuah stesen radio ni, dan mereka ada letakkan gambar saya di sebuah poster tapi nama saya mereka letak Raja Afiq, bukan Raja Atiq,” katanya kepada mStar.

Sampai ada orang ingat kami adik-beradik.

ATIQ AZMAN

PELAKON

Tambahnya, ada juga yang menyangka dia dan pelakon Sayangku Kapten Mukhriz itu mempunyai talian darah.

Bagaimanapun, dia terbuka jika masih ada peminat yang mahu memanggilnya dengan nama Raja Atiq.

“Itu yang buat orang keliru. Bukan tak sedap letak nama Raja Atiq, tapi ramai orang keliru. Sampai ada orang ingat kami adik-beradik.

“Tapi saya sebenarnya tak kisah orang nak panggil saya Raja Atiq atau Atiq Azman,” jelasnya.

Atiq mahu cuba pegang watak hero dalam sesebuah drama.

Dalam pada itu, Atiq sempat berkongsi hasratnya untuk membawakan watak utama dalam sesebuah drama namun sedar belum mampu dan diberi kepercayaan.

Atiq berkata dia juga ingin memperbaiki kemahirannya serta bakatnya dalam bidang lakonan dan tidak menerima sebarang tawaran secara melulu.

“Kalau ikutkan, saya memang teringin nak bawa watak hero dalam mana-mana drama, tapi buat masa sekarang saya terima saja apa-apa tawaran yang saya dapat. Saya pun tak boleh demand.

“Tapi saya kalau boleh nak perbaiki balik cara lakonan saya… saya takkan terus terima mana-mana tawaran yang datang sebab takut nanti bila mula penggambaran, saya akan menyusahkan semua kru produksi.

“Jadi, untuk mengelakkan benda tu terjadi, saya akan cakap yang saya belum bersedia,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.