“Pub Dan B4r Belum B0leh Ber0perasi, Tapi Kalau Tak Buka Terus Lagi Baik.” PM

Setakat ini, pusat hiburan seperti pub dan bar dilihat masih tidak dibenarkan beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan.

Hal ini demikian kerana, tiada jaminan untuk penjarakkan sosial dilakukan kerana kebiasaan tempat tersebut sesak dengan pengunjung yang ingin berhibur.

Antara yang tak dibenar buka lagi

Menerusi Malay Mail, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan bahawa bar dan pub adalah beberapa jenis perniagaan yang masih dilarang beroperasi di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan ((PKPP).

“Hanya pub dan bar yang belum memulakan perniagaan, tetapi saya rasa mungkin jika mereka tidak buka sama sekali adalah perkara yang baik.”

Beliau berseloroh je…

Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi satu majlis Bersatu dalam keadaan berseloroh selepas memberi respon berkenaan kenyataan bahawa pemerintahannya begitu terkenal sejak PKP berlaku di Malaysia.

Terdahulu, hampir setiap hari Menteri Kanan Keselamatan memaklumkan jumlah individu yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP dengan berhibur di tempat tersebut kerana setakat ini pusat hiburan masih belum dibuka.

Hal tersebut dilaukan demi mengelakan sebarang penularan pendemik Covid-19 kembali menghantui negara selepas mengalami penurunan kes berbanding beberapa minggu yang lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Malay Mail

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.