Par0di MV Peluang Kedua, Bell Ngasri Bikin Ramai Terhibur, “Lagi Style…”

Pada malam tadi, buat peminat rancangan hiburan popular pastinya mengetahui bahawa penyanyi Nabila Razali antara tetamu jemputan yang hadir di Meletop bagi berkongsikan perkembangan dirinya kepada peminat.

Ternyata juga, pencapaian lagu Peluang Kedua yang meraih jutaan tontonan membuatkan Nabila Razali sempat membuat persembahan secara live di Meletop.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian buat peminat Nabila Razali juga apabila dapat melihat segmen parodi tentang muzik video Peluang Kedua dia bersama MK dari kumpulan K-Clique yang ternyata menghiburkan orang ramai.

Mana tidaknya, penangan parodi dari pelawak popular Bell Ngasri yang seperti biasa tidak mengecewakan warganet sekian lama dan yang terbaharu ini juga berjaya membuatkan warganet gelak besar.

Apatah lagi, Bell membuat parodi babak MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin dalam muzik video rasmi Peluang Kedua lalu menerima pelbagai reaksi warganet yang menontonnya.

Menerusi perkongsian video parodi di Youtube Meletop juga ternyata Bell dikatakan tidak mengecewakan warganet lagi dengan lawak-lawaknya yang menghiburkan dan dalam pada masa yang sama, video itu ditonton banyak kali.

“Lagi style dari real MK…”

“Sumpah lawak…”

“Kelakar gila…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.