Nyanyi ‘Live’ Di Meletop, Nabila Razali Dipuji Warganet “Finally Yg Ni Better…”

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali bukanlah selebriti yang asing lagi dalam dunia hiburan tanah air dan gara-gara penangan lagu duet dia bersama MK dari kumpulan K-Clique membuatkan lagunya berjudul Peluang Kedua semakin mendapat perhatian.

Malah, difahamkan muzik video rasmi Peluang Kedua sudahpun mencapai lebih 8 juta tontonan dalam masa yang tidak lama sekali gus mengundang nama selebriti ini sering mencuri tumpuan warganet.

Pada malam tadi pula, Nabila Razali hadir sebagai tetamu jemputan di rancangan Meletop dan dia turut berkongsi mengenai lagu tersebut.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian di rancangan Meletop pada malam tadi juga apabila Nabila Razali melakukan persembahahan live dengan menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Meskipun ketiadaan MK, Nabila Razali berhasil membawakan lagu Peluang Kedua dengan alunan gitar dan ternyata, dia meraih pelbagai reaksi positif.

Menerusi Youtube, rata-rata melihat bahawa Nabila Razali semakin baik dalam membawakan lagu berkenaan dan memuji penyanyi terbabit dengan pelbagai komen positif.

“Pengawalan suara yang semakin baik. Melting dengar suara Bella”

Dalam pada masa yang sama, netizen turut memuji sikap Nabila Razali dan mengharapkan agar dia tidak mengambil peduli dengan kata-kata orang lain.

“Well, aku rasa bagus la dia buat macam ni…”

“Bagus je dia nyanyi…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.