Lain Nak Dik0ngsi, Lain Yang Dilihat! Pemilik Ditvduh Cuba Sh0w 0ff Gelang Emas, Kacang Buncis Segar Tak Ada Siapa Nak Pandang “T4kut Ada 0rang Pergi Cantas”

BAGI kebanyakan wanita, barang kemas bukan sekadar menjadi perhiasan pada tubuh badan malah ia turut dianggap sebagai status kekayaan.

Selain itu, ia turut disifatkan sebagai pelaburan bijak untuk jangka masa panjang memandangkan harganya yang sukar untuk susut.

Jika berada dalam keadaan terdesak, ia juga boleh digadai sekali gus membantu pemilik untuk mendapatkan sumber kewangan tambahan.

Terhaharu, satu posting di laman Facebook Borneo yang memaparkan foto gelang emas besar cukup mencuri perhatian ramai.

“Subur tanaman admin,” tulis pengendali Facebook itu ringkas bersama enam keping foto.

Ia memaparkan tangan seorang wanita yang memakai gelang emas sedang memeriksa tanaman kacang buncis.

Selain menjadi perhiasan diri, emas juga merupakan pelaburan yang bagus untuk masa depan.

Biarpun kelihatan seolah-olah sedang memeriksa tanaman, ramai netizen beranggapan tuan badan sebenarnya mahu menunjuk gelang emas yang dipakai.

Selain berseloroh mengenai gelang berkenaan, ramai juga yang turut memberi nasihat mengenai risiko keselamatan, risau pemilik yang memakai barang kemas menjadi mangsa ragut dan sebagainya.

“Kalau macam tu saya juga nak tanam kacang buncis. Manalah tahu kan bling-bling buah dia keluar nanti.

Rezeki masing-masing. Siapa suruh kamu tak mahu beli sendiri. Tapi kalau tak minat pakai emas, diam-diam.

NETIZEN

“Ini tunjuk gelang je. Nampak sangat cara pegang kacang tu.

“Jangan ralit sangat. Takut ada orang pergi cantas.

“Mak aii suburnya buah kacang tu. Nak juga tanam sayur kuning tu.

“Tunjuk kacangkah tunjuk gelang? Jangan riyak Allah tak suka.

Lagi foto-foto yang dikongsi di Facebook.

“Rezeki masing-masing. Siapa suruh kamu tak mahu beli sendiri. Tapi kalau tak minat pakai emas, diam-diam. Orang yang suka emas je yang faham. Pelaburan baik tu bosku.

“Ini memang nak tunjuk gelang besar dia,” tulis beberapa netizen.

Sehingga kini, posting itu menerima hampir 2,000 tanda suka (likes) di Facebook dan dihujani ratusan komen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.