Gajah Datang Berlari Ke Arah Tuannya Apabila Dipanggil, “S0 sweet!”

Gajah adalah merupakan seekor haiwan yang memiliki otak sangat besar dimana mereka sering menunjukkan tingkah laku yang sangat sosial dan bijak. Haiwan ini juga adalah merupakan salah satu sahabat setia kepada manusia. Kebijaksanaan seekor gajah boleh dikatakan setanding dengan mahluk primal dan mamalia.

Haiwan ini mempunyai sifat yang unik iaitu mempunyai kesedaran diri dan mampu menunjukkan belas kasihan kepada haiwan atau individu yang mati dari kalangan mereka. Oleh itu, spesis ini harus dipelihara dengan baik dan rapi agar dapat menjaga ekosistem.

Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter yang dikenali sebagai @AnimalsWorld dimana terdapat sekumpulan gajah. Menerusi Tweet berkenaan, haiwan-haiwan itu kelihatan sedang berlari ke arah seorang lelaki.

“Ini sangat menakjubkan. Gajah-gajah itu datang berlari setelah dipanggil oleh orang kesukaan mereka”, kata pemilik akaun Twitter tersebut. Melalui video perkongsian itu, lelaki yang memakai baju berwarna biru itu sedang memanggil sekumpulan gajah dan ternyata haiwan-haiwan terbabit berlari dengan ke arahnya setelah dipanggil.

Lebih mengujakan apabila empat ekor gajah itu mengelilingi lelaki terbabit sebaik sahaja mereka tiba. Rata-rata warga netizen berasa sangat terharu dengan kepintaran binatang itu selain daripada memuji gelagat mereka.

Posting itu telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 76.3 ribu tontonan umum selain daripada menerima sebanyak 1124 ribu tanda suka di ruangan terbabit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.