Tanda Persaudaraan, Rakyat Palestin Beri Ucapan Merdeka Buat Malaysia

Umum sedia maklum bahawa Palestin merupakan sebuah negara yang sedang mengalami pergolakan perang. Walau bagaimanapun perkara tersebut tidak menghalang rakyatnya mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-63 kepada Malaysia.

Ucap Selamat Hari Kemerdekaan

Menerusi satu video yang tular di media sosial, seorang pengguna Twitter yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran telah memuat naik videonya bersama 5 orang lagi rakyat Palestin sedang menyiapkan rangkaian ucapan  ‘Selamat hari Merdeka’  di hamparan pasir di sebuah pantai di Gaza, Palestin.

Warna2 sinonim Malaysia

Rangkaian kata tersebut turut diwarnakan dengan 3 warna yang sangat sinonim dengan Malaysia iaitu merah, biru dan kuning.

Terima kasih rakyat Palestin

Lakaran tersebut telah dimuat naik ke laman sosial tersebut sehari sebelum Malaysia menyambut hari merdeka dan pastinya ia berjaya menarik perhatian warganet terutamanya dari negara Malaysia.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Palestin yang langsung tidak melupakan Malaysia. Mereka juga mendoakan agar suatu hari nanti negara teluk itu juga merasai nikmat kebebasan seperti yang dikecapi di negara Malaysia.

Suatu hari nanti Palestin pasti akan bebas

Doa kami sentiasa untukmu, saudaraku

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Muslim Imran

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.