Pegang Payung, Pakai T0pi, Kibar Jalur Gemilang! Pelajar Form 4 Keliru Selepas Minta Gadis Tak Dikenali T0long Rakam Vide0 Merdeka “Kepada Myra, Terima Kasih”

MENONTON sebuah video yang dikongsikan di laman sosial tak ubah seperti mesin masa yang mengembalikan nostalgia kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Dengan warna visual yang dibikin seperti era itu, seorang lelaki berbaju Melayu lengkap bersamping muncul beberapa kali dalam video tersebut sambil memegang payung dan Jalur Gemilang.

Namun jika diteliti, selain memakai songkok, pemuda tersebut juga sebenarnya memakai topi dalam beberapa babak, sehingga hati terdetik siapakah dia?

Turut menghangatkan semangat patriotik apabila klip audio perdana menteri pertama negara, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan slogan laungan merdeka turut dimasukkan dalam video tersebut.

Antara babak dalam video yang dihasilkan.

Siapa sangka video tersebut dihasilkan oleh seorang pelajar tingkatan 4 dari Pulau Pinang.

Pelajar berkenaan, Mohamed Ismail Al-Arabia Mohamed Raffi berkata, video itu dihasilkan bulan lalu dan hanya dikongsikan di laman sosial pada Isnin sempena Hari Kemerdekaan negara ke-63.

Remaja berusia 16 tahun itu memberitahu, ia dibuat untuk menyuntik semangat patrotisme dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan muda.

“Perjalanan video ini menyaksikan pemimpin negara memulakan tuntutan kemerdekaan negara dan seterusnya menunjukkan Tanah Melayu nak bebas daripada penjajah dan rakyat meletakkan harapan tinggi untuk mencapai kemerdekaan.

“Penggunaan payung sebagai simbolik bagi menunjukkan ramai bersatu hati di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman untuk mencapai kemerdekaan negara.

“Rakaman mengambil masa beberapa jam dari pukul 2.30 petang hingga 6.30 petang, tetapi saya perlu edit (sunting) kira-kira 50 kali untuk sesuaikan warna visual dengan era ketika itu supaya lebih sempurna, penggunan filter dan memasukkan klip audio dan video,” ujarnya.

Berbaju Melayu lengkap bersongkok dan samping.

Mohamed Ismail yang berasal dari George Town berkata, payung yang digunakannya itu adalah milik arwah datuknya, yang meninggal dunia akibat sakit tua ketika berusia 76 tahun pada 2017.

“Untuk menampakkan suasana 1950-an, saya perlu mencari props termasuk payung yang bersesuaian. Baju yang saya pakai pun mengikut gaya Tunku Abdul Rahman.

Penggunaan payung sebagai simbolik bagi menunjukkan ramai bersatu hati di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman untuk mencapai kemerdekaan negara.

MOHAMED ISMAIL AL-ARABIA

“Patutnya nak beli payung, tapi ayah terjumpa payung milik arwah datuk di dalam stor. Ada satu babak juga menunjukkan saya berada di luar kediaman Tunku Abdul Rahman di Jalan Tunku Abdul Rahman di George Town yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Ayer Rajah.

“Berkenaan saya pakai topi tu sebab saya nak nampakkan kelainan agar ada elemen moden di dalam video untuk menarik perhatian golongan muda,” katanya.

Mohamed Ismail menggunakan payung milik arwah datuknya.

Di sebalik pembikinan itu juga, Mohamed Ismail yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik terhutang budi kepada seorang rakan lelakinya yang membantu membuat rakaman tersebut.

“Semasa sedang duduk tunggu rakan yang pergi ke tandas, ada seorang perempuan tegur saya minta tolong ambilkan gambar dia. Lepas tu tergerak hati saya untuk minta bantuan dia rakamkan saya untuk satu babak.

“Saya pun tak sangka kenapa minta bantuan dia. Mungkin kerana nak jimatkan masa. Saya cuma tahu nama dia Myra dan umurnya mungkin 20-an. Kepada Myra, terima kasih,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.