Lelaki India ‘Nyanyi’ Lagu Saya Anak Malaysia, “Syabas pakcik…”

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-63 pada baru-baru ini, ramai warganegara Malaysia yang turut mengambil peluang untuk meraikan hari tersebut dengan melakukan pebagai aktiviti bersama keluarga. Ada yang makan bersama keluarga dan ada juga yang menyanyikan lagu patriotik seperti seorang lelaki ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter iaitu @RidzwanMahazan dimana terdapat seorang lelaki yang berusia sekitar 50-an sedang menyanyikan lagu.

“Syabas pakcik, bangga untuk jadi anak Malaysia. Tak perlu malu”, kata pemilik akaun Twitter tersebut. Menerusi rakaman video tersebut, lelaki yang memakai baju berwarna hijau itu sedang menyanyikan lagu bertajuk Saya Anak Malaysia.

Lebih teruja apabila lelaki berkenaan melakukan kibaran bendera Malaysia ketika dia sedang menyanyi. Nyanyiannya yang penuh perasaan dan bersemangat itu telah meraih perhatian ramai dari kalangan warganet. ”So cute and respect!”, kata salah seorang warga netizen di ruangan komen posting berkenaan.

Rata-rata warga netizen memuji dengan sikap semangat patriotik yang dimiliki oleh lelaki berkenaan di samping ada yang memuji kecomelan lelaki tersebut.

Video yang berdurasi selama 14 saat itu telah menerima sebanyak 5320 ribu ulang kicau dan komen berserta sebanyak 8568 ribu tanda suka menerusi di laman media Twitter tersebut.

“Content Tiktok yang tidak terkinja-kinja…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.