Google Papar Lakaran Khas Orang Utan Sempena Merdeka

Enjin carian Google meraikan Hari Kemerdekaan Ke-63 Malaysia dengan memaparkan lakaran doodle atau logo Orang Utan yang juga spesies berasal dari negara ini.

Mamalia ini boleh ditemui di sekitar hutan Borneo, terutamanya di Sabah dan Sarawak selain di Sumatera.

Google telah menampilkan lakaran doodle khas bagi meraikan acara bersejarah atau detik bermakna di serata dunia sejak 20 tahun lepas.

Bagi Malaysia, Orang Utan adalah haiwan kedua sempena Hari Kebangsaan selain harimau Malaya serta elemen lain seperti teh tarik dan wau bulan.

Namun, bunga raya menjadi doodle yang paling banyak dipaparkan.

Hari Kebangsaan diraikan setiap 31 Ogos yang menandakan negara bebas daripada penjajahan Britain dengan pengisytiharannya dibuat pada 31 Ogos,1957.

Ini disusuli dengan tarikh keramat 16 September 1963 yang menyaksikan pembentukan Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.