Dinie Rashid Tiba-Tiba Sukar Bernaf4s, Hampir Tak Dapat Buat Persembahan “Saya Macam Tersed4k Dan Rasa Tercek!k Sebelum Naik Stage”

MELALUI pengalaman yang buruk pada minggu keduapeserta Big Stage 2020, Dinie Rashid berkata, dia hampir tidak dapat membuat persembahan dalam pertandingan yang berlangsung pada 23 Ogos lalu.

Dinie atau nama sebenar Muhammad Dinie Abdul Rashid, 28, berkata dia tidak dapat bernafas dengan baik sebelum naik ke pentas pertandingan itu.

“15 minit sebelum saya naik stage, saya macam tersedak dan rasa macam tercekik sampai tahap saya tak boleh bernafas dan berdiri.

“Lepas tu, tahu-tahu saja saya kena naik stage. Dengan keadaan yang susah nak bernafas dan saya kena perform dengan lagu Batu Dan Golek… lagu yang sangat susah.

Dinie bergandingan dan Wani Kayrie menyampaikan lagu Takdir Tercipta.

“Alhamdulillah saya tak sangka saya boleh habiskan lagu tu tapi bila saya turun dari stage, saya dah rasa teruk,” katanya kepada mStar.

Dinie ditemui ketika sidang media konsert minggu ketiga Big Stage 2020 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Dinie turut berkata sebaik selesai membuat persembahan, pihak perubatan memeriksa keadaannya yang pada ketika itu mempunyai tekanan darah serta bacaan degupan jantung yang rendah.

Penyanyi lagu Bukan Cinta Aku ini berkata pengambilan pemakanan yang salah adalah antara punca insiden tersebut berlaku.

Salah saya la sebab saya sendiri tak jaga makan pada hari itu.

DINIE RASHID

PENYANYI

“Lepas turun dari stage, mereka periksa tekanan darah saya pada waktu itu rendah tapi bila dah lama-lama mereka takut jadi apa-apa, jadi mereka bawa ke hospital.

“Tapi bacaan degupan jantung saya juga sangat rendah masa tu. Mereka kata macam tak normal. Setakat ni doktor cakap saya ada gastrik tapi saya dah makan ubat semua dan jaga kesihatan.

“Salah saya la sebab saya sendiri tak jaga makan pada hari itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dinie yang menduduki tempat ketiga terendah pada konsert minggu ketiga Big Stage 2020 mengakui tidak berpuas hati dengan persembahannya yang menyanyikan lagu Takdir Tercipta bersama penyanyi jemputan Wani Kayrie.

Dinie dikenali dengan lagu Bukan Cinta Aku.

Kata Dinie, keputusan dan kritikan yang diterima menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk melakukan persembahan yang lebih baik pada peringkat seterusnya.

“Sejujurnya, saya kurang berpuas hati sebab saya dapat Wani Kayrie sebagai pasangan duet dan dia sangat hebat… dia dah bagi banyak tapi saya yang tak yakin dengan diri sendiri kot.

“Tu la, salah saya tapi Alhamdulillah satu benda yang bagus bila saya tahu apa kesalahan saya. Ini ayat klise tapi saya akan pastikan minggu depan takkan jadi macam ni.

“Bila masuk bottom three ni dia bagi semangat baru dan saya fokus dan kena buat lebih… ada hikmah la,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.