C0vid-19 Punya Hal, Segalanya Berub4h Hanya Dengan 1 Panggilan Telef0n! Isteri, Anak-Anak Terp4ksa Berkhemah Di Ruang Tamu “Ikut Hati Nak Je Red4h”

SESUNGGUHNYA kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan.

Sehebat mana pun perancangan kita, lebih hebat lagi perancangan Allah SWT untuk kita.

Begitulah yang berlaku kepada sebuah keluarga apabila hasrat untuk menghabiskan cuti hujung minggu yang lebih panjang berikutan cuti umum sempena Hari Kebangsaan terpaksa dibatalkan.

Semuanya selepas menerima satu panggilan telefon yang membawa khabar berita yang mengejutkan dan tidak disangka-sangka.

Menerusi satu perkongsian, seorang wanita berkata, dia sekeluarga sepatutnya mengadakan perkhemahan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu, seperti yang dirancang.

“Barang-barang semua dah siap packing. Anak-anak pun dah teruja. Sepanjang hari beratus kali tanya soalan. Macam-macam soalan kadang-kadang sampai saya bertukar ‘hijau’.

“Sebab itu saya lebih suka rahsiakan kalau nak ke mana-mana. Tak larat nak jawab soalan mereka,” katanya menerusi satu posting di halaman Facebook Family Camping Malaysia.

Keluarga berkenaan perlu menjalani ujian saringan Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

Wanita itu memberitahu, dia dan anak-anak hanya tinggal menunggu suaminya pulang ke rumah sebelum memulakan perjalanan ke destinasi percutian mereka.

“Kita merancang Allah yang tentukan. Anak-anak dan saya dah bersiap tunggu suami balik je terus gerak. Jam 4.50 suami telefon maklumkan salah seorang rakan pejabat disahkan positif Covid-19.

“Suami tersenarai sebagai kontak rapat. Jadi, semua plan terpaksa dibatalkan. Kalau ikutkan hati nak je redah, tapi kami masih waras,” katanya yang membuat keputusan untuk menjalani kuarantin bersama keluarganya di rumah.

Mengakui sedih melihat kesemua anak kecewa dengan rancangan percutian yang tidak kesampaian, namun wanita itu tabah dengan ketentuan Ilahi.

Perkongsian seorang wanita di Facebook Family Camping Malaysia.

Bagi mengubati kekecewaan, dia bersama keluarga mendirikan khemah di ruang tamu rumah bagi menghidupkan mood perkhemahan.

“Berkhemahlah kami dalam rumah menghabiskan tempoh kuarantin 14 hari sehingga 11 September 2020. Masak semua barang yang packing tu dan makan ala camping,” ujarnya.

Tahniah anda dan keluarga menjadi rakyat yang bertanggungjawab. Moga dijauhi dari wabak tersebut.

NETIZEN

Wanita tersebut turut memberitahu bahawa mereka sekeluarga melakukan ujian swab Covid-19 pada Isnin.

“Mohon kawan-kawan doakan kami bebas daripada Covid-19. Semoga apa yang terjadi ada hikmahnya. InsyAllah selepas habis tempoh kuarantin bawa anak-anak camping,” katanya.

Rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan yang menimpa wanita berkenaan dan mendoakan agar keluarganya dijauhi daripada wabak yang membawa maut itu.

Antara komen netizen.

Selain itu, kebanyakan mereka menghargai dan kagum dengan tindakan wanita itu sekeluarga yang sanggup membatalkan percutian untuk menjalani kuarantin.

“Tahniah anda dan keluarga menjadi rakyat yang bertanggungjawab. Moga dijauhi dari wabak tersebut, ” komen seorang netizen.

“Moga Allah permudahkan urusan dan bebas daripada sebarang penyakit. Terima kasih di atas keputusan sis yang tidak mementingkan diri demi keselamatan orang lain,” ujar netizen lain.

“Terima kasih kerana bertanggungjawab dan duduk rumah. Hari ini tak boleh camping, lain hari tentu boleh,” kata seorang netizen memberikan kata-kata semangat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.