Aiman Hakim Bakal T!mang Zur!at, Zahirah Macwilson Umum Ham!l 6 Bulan

Selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Aiman Hakim Ridza mengumumkan isterinya yang juga aktres Zahirah Macwilson kini hamil enam bulan.

Menurut Aiman, dia dan isterinya teruja menantikan kehadiran zuriat pertama mereka dan bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

So excited to meet this little person who is half me and half the one I Love. Alhamdullilah 👶🏼 @zahirahmacwilson

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza) on

“So excited to meet this little person who is half me and half the one I Love. Alhamdullilah,” tulis Aiman di laman Instagram miliknya.

Selain itu, Zahirah atau nama penuhnya Nur Zahirah MacWilson Zainol turut berkongsi perkara sama dengan memuat naik gambar salinan imbasan ultrasound kehamilannya.

 

View this post on Instagram

 

6 months of growing our little love. Mommy & Daddy can’t wait to meet you ❤️ @aimanhakimridza

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

“6 months of growing our little love. Mommy & Daddy can’t wait to meet you,” kata aktres berusia 25 tahun itu.

Rata-rata rakan selebriti dan pengikut mereka mengucapkan tahniah atas kurniaan zuriat berkenaan selain turut teruja menantikan kehadiran cahaya mata sulung pasangan tersebut.

Terdahulu, Aiman dan Zahirah selamat bergelar suami isteri pada 20 Februari lalu di Mercu Mustapha Kamal, Damansara, Selangor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Aiman Hakim Ridza , Zahirah Macwilson

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.