Lebih Setahun Ibu K0ma, Kakak Seb4k Jumpa N0ta C0retan Adik B0ngsu…. Rindu Nak Dengar Suara “Hanya Harapkan Keajaiban”

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kisahnya seorang gadis apabila dia berkongsi keadaan kesihatan ibunya yang koma sejak 29 Jun tahun lalu.

Menurut Farah Hani Jaafar, 22, ibunya, Salwani Ahmad, 48, yang menghidap asma mengalami alergi ubat-ubatan sebelum koma sehingga ke hari ini.

Terbaharu, dia yang mesra disapa Hani berkongsi nota coretan adik bongsunya, Farhanah Afiqah, 11, menerusi laman Twitter sehingga ia mengundang sebak dalam kalangan netizen.

“Saya jumpa nota-nota yang ditulis adik bongsu dalam bilik ibu. Memang sedih, saya pun rasa sebak bila baca.

“Adik saya macam budak-budak lain, dia seorang yang ceria, tak ada sedih-sedih. Sebab tu saya rasa sedih bila baca nota yang ditulisnya,” ujar Hani kepada mStar.

Hani bersama ibunya.

Bercerita mengenai kehidupannya, Hani mengakui segalanya berubah 360 darjah selepas ibunya berada dalam keadaan koma.

Namun kata Hani, dia tidak kisah menjaga ibunya di rumah dan beranggapan pasti ada rezeki lain yang menantinya suatu hari nanti.

“Kebetulan saya habis diploma, ibu pula sakit dan berada di hospital selama tiga bulan sebelum dibawa balik ke rumah.

Memang kalau boleh nak ibu sedar balik. Saya hanya harapkan keajaiban.

FARAH HANI JAAFAR

“Jadi saya jaga ibu dan tiga adik. Seorang adik dah habis sekolah manakala dua lagi masih belajar.

“Ayah saya pula kerja di Johor, dia ulang-alik ke kediaman kami di Kuantan, Pahang dua minggu sekali. Abang saya juga sudah bekerja.

“Selain saya, ada pakcik saya turut bantu jaga ibu dan uruskan adik-adik kat rumah.

Buku nota milik adik bongsunya.

“Memang rasa lain, tapi InsyaAllah ada hikmah. Mungkin rezeki saya datang lambat sikit, sekarang rezeki saya untuk jaga ibu dulu,” ujar graduan Kolej Universiti Yayasan Pahang itu.

Menurut Hani, dia mengharapkan keajaiban agar ibunya kembali sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

Malah, dia turut terharu dengan titipan doa warga Twitter selepas dia berkongsi mengenai kisah duka itu menerusi platform berkenaan.

“Memang kalau boleh nak ibu sedar balik. Saya hanya harapkan keajaiban.

Hani (tengah) bersama dua orang adiknya.

“Saya juga terharu dengan doa semua orang di Twitter. Saya pun doakan yang terbaik untuk semua orang,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, posting Hani mengenai nota adik bongsunya buat ibu mereka menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Dalam nota berkenaan, adiknya meluahkan rasa rindukan suara ibunya serta sedih apabila insan disayangi itu jatuh sakit dan berada dalam keadaan koma hingga sekarang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.