Somalia Ucap Selamat Hari Kebangsaan Kepada Malaysia

Dutanya di Malaysia, Abukar Abdi Osman, dalam kenyataan semalam, turut berdoa untuk keamanan, kesejahteraan dan kemajuan negara ini serta Malaysia dapat mengatasi pandemik COVID-19

Bagi pihak negaranya,  beliau juga mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan dan rakyat Malaysia sempena sambutan tersebut.

“Hubungan kukuh antara Somalia dan Malaysia membolehkan kita menghadapai cabaran baharu dengan lebih baik dan meneroka peluang baharu untuk rakyat kita.

Tambah beliau, pihaknya mahu membangunkan ekonomi, keselamatan dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara ini, agar dapat terus membuat kemajuan dalam perkongsian matlamat menggalakkan keamanan dan kemakmuran negara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.