Perlu Perb4iki V0kal Dan ‘Feel’, Perjalanan Amir Hasan Di Big Stage 2020 Terhenti

PESERTA Big Stage musim ketiga, Amir Hasan gagal mara ke peringkat seterusnya apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu ketiga yang bersiaran secara langsung pada malam Ahad.

Amir yang menyanyikan lagu Bicara Rasa dengan pasangan duet Sarah Suhairi tersingkir selepas menerima sebanyak 53.6 markah.

Juri jemputan, penyanyi Lah Ahmad menerusi komennya berpendapat vokal penyanyi tersebut masih boleh diperbaiki.

“Secara keseluruhan, kita rasa senang. Duet pun sekata. Tapi dari segi vokal boleh improve lagi.

“Lebih-lebih dari segi feel diri awak sendiri semasa persembahan. Letakkan identiti awak dalam lagu tu, ” ujarnya.

Amir membawakan lagu Bicara Rasa bersama Sarah Suhairi.

Dalam saingan kali ini, penyanyi Usop menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 85, diikuti oleh Farisha Iris (81) dan Azzam Sham (80.20).

Peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Sandra Dianne, Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme.

Selain juri jemputan, kesemua peserta diadili oleh tiga juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah, Ajai serta Faizal Tahir.

Pengarah dan penerbit, Michael Ang pula merupakan presiden netizen yang turut diundang minggu ini.

Big Stage dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Juara Big Stage akan memenangi wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pemenang tempat kedua serta ketiga pula bakal membawa pulang wang RM50,000 dan RM25,000 serta trofi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.