“Penat Saya Buat, Dia Senang-Senang Ambil” Lukis P0tret Wajah Pelak0n 7 Hari Mencintaiku, Pelukis Kes4l Ada Yang Selamb4 Buat Macam Karya Sendiri

DRAMA rantaian 7 Hari Mencintaiku yang disiarkan baru-baru ini sememangnya mencetuskan fenomena.

Buktinya, walaupun sudah lebih seminggu melabuhkan tirai, ia masih menjadi sebutan dalam kalangan netizen.

Terkena tempias drama popular itu, seorang pelukis turut tidak ketinggalan untuk mengabadikan kenangan dengan menghasilkan karya potret wajah-wajah watak utama siri berkenaan.

Tuah buat pelukis ini, potret berkenaan menjadi tular sebaik sahaja ia dimuatnaik di media sosial pada hari terakhir drama itu bersiaran.

Berkongsi cerita bersama mStar, Amirul Danial berkata dia sendiri merupakan salah seorang daripada jutaan penonton yang mengikuti drama adaptasi novel tersebut.

“Saya tengok juga masa musim pertama, tapi masa awal-awal musim kedua saya ketinggalan sedikit. Keluarga saya yang merupakan penonton setia.

Amirul mengambil masa kira-kira 80 hingga 90 jam untuk menyiapkan lukisan potret pelakon drama popular berkenaan.

“Lagipun 7 Hari Mencintaiku ni fenomena, jadi mengapa tidak saya hasilkan satu potret sempena drama ini. Kiranya, idea nak melukis wajah watak-watak utama ni adalah disebabkan dua perkara itu,” katanya.

Pemuda berusia 25 tahun ini berkata, dia mengambil masa kira-kira 80 hingga 90 jam untuk menyiapkan karya berkenaan yang dilukis dalam saiz A4 menggunakan pensil Prismacolor Premier.

Tidak dinafikan, populariti drama berkenaan turut memberi tuah kepadanya sejak karya itu dimuatnaik di media sosialnya.

Penat saya buat, tapi dia senang-senang saja ambil. Setidak-tidaknya, berilah kredit kepada saya. Seharian sakit kepala fikir benda tu.

AMIRUL DANIAL

PELUKIS

“Memang tak dinafikan, pengikut dekat laman sosial Instagram meningkat mendadak juga. Cuma apa yang saya kesalkan dan sedikit terkilan, ada pihak yang tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya ambil dan post di media sosial mereka.

“Penat saya buat, tapi dia senang-senang saja ambil. Setidak-tidaknya, berilah kredit kepada saya. Seharian sakit kepala fikir benda tu dan kemudian saya muat naik satu status.

“Tak lama selepas itu, orang itu padam perkongsian tersebut… mungkin juga dia terbaca status saya. Kemudian suaminya mesej mohon maaf bagi pihak isterinya. Mungkin ada orang fikir pasal lukisan pun nak bising, tapi yang tahu pasal seni ni mesti faham,” ujarnya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Amirul mula serius melukis sejak berada di tingkatan 3 dan sering menerima tempahan melukis potret daripada pelanggannya.

Bercerita lebih lanjut mengenai lukisan itu, anak bongsu daripada enam adik beradik ini berkata buat masa ini dia mahu menyimpan karya tersebut sebagai koleksi peribadi.

Bergelar pelukis sepenuh masa, pemuda ini sebenarnya banyak menerima tempahan pelanggan yang mahu mengabadikan potret wajah masing-masing.

“Saya aktif melukis sejak tingkatan tiga, namun ambil masa beberapa tahun sebelum benar-benar mahir. Saya tak mengikuti bidang pendidikan seni secara formal, sebaliknya banyak belajar sendiri menerusi penelitian video karya-karya pelukis di YouTube saja,” katanya yang menjadikan pelukis Heather Rooney sebagai idola.

Antara lukisan potret wajah artis popular hasil karya Amirul.

Bercita-cita mempunyai studio sendiri satu hari kelak, pemuda ini turut menitipkan nasihat buat mana-mana individu yang ingin terlibat secara serius dalam bidang seni.

“Kalau minat, buatlah bersungguh-sungguh. Walaupun ada yang memperkecilkan karya kita, tapi ambilnya sebagai pembakar semangat. Dan lebih penting, jangan lupa letak watermark untuk elakkan orang ambil kesempatan.

“Tak semua orang suka tengok orang lain maju… orang yang suka ambil kesempatan dan suka tengok kita jatuh tu akan ada. Jadi, kuatkan semangat dan ingat tujuan asal kita,” ujarnya mengakhiri bicara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.