PKPP Dilanjutkan Empat Bulan Lagi Hingga 31 Disember – PM

Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan untuk tempoh empat bulan lagi bermula 1 September hingga 31 Disember ini.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusan khas yang disiarkan sebentar tadi.

“Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ataupun Akta 342 masih boleh diambil.
“Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi SOP dan protokol kesihatan yang ditetapkan.
“Negara kita masih berhadapan cabaran getir dalam menangani penularan Covid-19 mengambil kira virus ini masih menular secara aktif di seluruh dunia,” katanya.

PKPP yang dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini telah menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Tonton minit -16:02

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Buletin Utama TV3

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.