Nabil Ahmad Syukur Rasai Nlkmat Ramadan Ketika Pertama Kali Berpuasa Penuh “Perasaan Itu Tak B0leh Diluah Dengan Perkataan”

PERKONGSIAN pelawak dan pengacara Nabil Ahmad mengenai perasaan berpuasa penuh buat kali pertama menerusi program Nabil Tanya Ustaz Jawab bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menarik perhatian umum.

Menerusi rakaman yang dimuat naik Ustaz Ahmad Dusuki di Facebook, Nabil meluahkan rasa syukur apabila mengecapi nikmat melaksanakan ibadah Allah secara penuh buat kali pertama ketika menunaikan umrah pada 2016.

“Memang beza sangat kehidupan saya dahulu dengan sekarang. Baru sekarang pertama kali saya dapat rasa betul-betul nikmat Ramadan ketika tunai umrah 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Nabil berkongsi perkara itu dengan Ustaz Ahmad Dusuki.

“Pertama kali saya berpuasa penuh selama sebulan. MasyaAllah, baru saya rasa inilah nikmah sebenar. Ketika itu, saya sudah berkahwin. Memang sangat berbeza.

“Perasaan nikmat itu tak boleh diluahkan dengan perkataan. Lain macam rasanya,” kata Nabil menjawab persoalan Ustaz Ahmad Dusuki mengenai nikmat Ramadan.

Pada 27 Jun 2016, Nabil pertama kali membawa isterinya iaitu Nazira Ayub bersama-sama untuk menunaikan umrah selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga.

Setiap malam saya bersyukur, dengan kehebatan Allah menyembuyikan aib saya yang teruk

NABIL AHMAD

PELAWAK DAN PENGACARA

Menurut pengacara program MeleTOP itu, lebih istimewa apabila ibadat umrah itu ditunaikan pada 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam pada itu, Nabil turut mendedahkan perkahwinan telah mengubah kehidupannya menjadi lebih baik namun dia bersyukur Allah masih menyimpan segala aib dan dosanya.

“Sebenarnya rumah tangga ini yang mengubah diri saya. Kerana saya mendirikan masjid, kehidupan saya berubah. Kalau tidak, masyaAllah takut la nak cerita.

“Tak terapung aib yang ada. Setiap malam saya bersyukur, dengan kehebatan Allah menyembuyikan aib saya yang teruk,” ujarnya.

Nabil, isteri dan anak-anak perempuan mereka.

Sementara itu, Nabil menganggap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu memberi ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya.

“Saya rasa Ramadan paling best sebab tak payah kerja. Alhamdulillah, sebenarnya PKP ini banyak memberi waktu untuk saya belajar perbetulkan solat dan mengaji Al-Quran.

“Saya bukan nak cakap apa, bimbang orang kata kita berfikiran tak elok pula. Tapi saya dah lama berdoa agar dapat diberikan masa untuk berada di rumah.

“Supaya saya ada masa untuk perbetulkan solat dan bacaan mengaji Al-Quran. Alhamdulillah, Allah kalbukan doa. Lama tak ada kerja dan memang kena duduk rumah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.