“Inilah Akhlak Sebenar” Terharu Dengar Ucapan Pelajar Tahfiz Sembuh C0VID-19 Kepada Fr0ntliners

Sebelum ini, kita telah mendengar pengalaman pasukan perubatan yang diberi amanah menguruskan kumpulan pesakit daripada kluster perhimpunan tabligh Masjid Sri Petaling.

Mudah beri kerjasama, berbudi pekerti dan tidak pernah merungut. Ini antara sikap geng tabligh yang telah memudahkan urusan pasukan perubatan, sehingga ada petugas menyifatkan pengalaman merawat jemaah ini telah meninggalkan kesan mendalam dalam diri mereka.

Kali ini, tular pula rakaman video ucapan perpisahan sekumpulan wakil pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling. Ia ditujukan khas buat petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga kebajikan dan kesihatan mereka, sepanjang tempoh dikuarantin di Insititut Sosial Malaysia.

Sebaknya dengar, dan dari ucapan tersebut tergambar jelas betapa merendah diri dan luhurnya budi pekerti mereka. Siap mohon maaf lagi jika ada waktu-waktunya mereka tidak dapat memberi kerjasama yang baik kepada pihak yang menjaga mereka.

Petugas frontliners yang mendengar pula dilihat sehingga ada yang tertunduk, mungkin sedang menahan sayu. Malah, perasaan sama turut dikongsi oleh rata-rata netizen yang tersentuh melihat video tersebut.

23 Mac lalu, Astro Awani melaporkan seramai 132 pelajar madrasah ini yang hadir ke perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada penghujung Februari dipindahkan ke Institut Sosial Malaysia untuk menjalani proses kuarantin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.