Situasl Kelam Kabvt Berakhlr Dengan ‘Bab@k’ Tvmbuk Bawang Depan Pensyarah, Rakan Sekuliah “Selalu Ibu Ada Di Rumah…”

BAGI majoriti pelajar, mengikuti kuliah secara dalam talian merupakan satu pengalaman baharu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa 18 Mac lalu.

Namun, mengikuti kelas online bukanlah perkara mudah kerana apabila di rumah, 1001 gangguan muncul sekali gus sukar untuk memberi fokus 100 peratus.

Baru-baru ini, gelagat seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nurul Amira Azhari, 22, yang sedang menumbuk bawang ketika menyertai kuliah dalam talian tular di laman Twitter.

Ketika dihubungi, pelajar jurusan Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris Komunikasi Antara Budaya yang lebih mesra disapa sebagai Mira itu memberitahu dia tidak menyedari perbuatannya itu disaksikan oleh pensyarah dan rakan sekelasnya yang lain.

“Komputer dan talian internet saya ada masalah, susah sikit setiap kali nak masuk online class tu.

“Sementara tunggu loading tu, saya pun tumbuk bawang sebab nak masak sarapan pagi. Masa tengah tumbuk tu tak perasan yang line internet dah okay sampai la pensyarah saya ada tegur.

“Dalam pada nak tutup tu, komputer saya pula lag (tersangkut). Stres betul waktu tu,” ujar Mira yang berusia 22 tahun.

Tweet yang dimuat naik Yasmin mengundang perhatian netizen.

Tambahnya lagi, dia berasa sedikit tertekan kerana perlu melakukan beberapa perkara pada waktu yang sama disebabkan ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja.

“Selalu ibu ada di rumah dan dia yang sediakan sarapan pagi, tetapi pada hari tu dia ada kerja yang perlu dibuat di pejabat.

“Macam-macam perkara terjadi sewaktu kuliah tu. Saya perlu sediakan sarapan pagi, ada scammer telefon nombor saya dan jiran sebelah rumah datang rumah bagi kurma.

Mira (depan, kanan) bersama rakan sekelasnya merupakan pelajar semester tiga Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris Komunikasi Antara Budaya, UiTM Shah Alam.

“Mujur saya sempat siapkan sarapan nasi goreng, ayam kicap serta sayur sebelum ibu pulang ke rumah pukul 10 pagi tu,” beritahu Mira yang menetap di Tampin, Negeri Sembilan.

Sementara itu, mStar juga sempat menemubual rakan sekelas Mira iaitu Nurul Yasmin, yang memuatnaik rakaman kejadian tersebut di Twitter.

Pensyarah kami pun tak marah tapi ada segelintir netizen yang komen cakap dia biadab tak hormat pensyarah, dia sendiri pun terkejut sebab kejadian tu berlaku dengan spontan.

NURUL YASMIN

RAKAN

“Kami sekelas tak ramai pun, hanya 20 orang. Tiba-tiba sewaktu kelas bermula, ada bunyi orang ketuk-ketuk.

“Ada kawan lain yang mengusik cakap ‘Mira buat rancangan ketuk-ketuk Ramadan ke’?

“Lebih kurang 5 minit juga la kami nampak dia sedang menumbuk depan kamera tu. Dia tak boleh nak refresh sebab internet dia ada gangguan,” ujar Yasmin yang berusia 23 tahun.

Ketika ditanya tentang personaliti rakan sekelasnya itu, Yasmin menyifatkan Mira sebagai seorang yang happy go lucky. Dia juga menegur segelintir netizen yang memberikan reaksi negatif terhadap kawannya itu.

“Mira ni jenis tak cepat marah dan selalu senyum. Cara pemakaian dia pula jenis tak pedulikan orang dan pakai apa dia nak.

“Pensyarah kami pun tak marah tapi ada segelintir netizen yang komen cakap dia biadab tak hormat pensyarah, dia sendiri pun terkejut sebab kejadian tu berlaku dengan spontan.

Yasmin menyifatkan rakan sekelasnya itu sebagai seorang yang happy go lucky.

“Dia tak berniat pun buat benda tu nak dapatkan perhatian. Pada mulanya saya muat naik gambar tu, Mira tak tahu pun sampai la tweet tu jadi viral,” jelas Yasmin.

Tweet yang dimuatnaik Yasmin pada Rabu lalu telah menerima sebanyak 31,100 ulang kicau serta 36,700 tanda suka daripada netizen yang rata-rata terhibur dengan kejadian lucu tersebut.

“Hahaha nak join online class tapi pada masa tak nak derhaka dengan mak,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Mak dia mesti garang. Kau tak tumbuk bawang ni aku tumbuk muka kau,” ujar seorang lelaki.

“Yang peliknya, macam mana dia tumbuk bawang rapat sangat dengan muka? Kalau aku ni dah jauh semeter sebab takut mata nanti pedih,” tambah netizen lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.