Kerja 24 Jam Law@n C0vid-19, Dr Amalina Rindu Nak Sambut Puasa Dengan Mak

Ketika ini, ribuan frontliner sedang berjuang dalam melawan pendemik covid-19 yang telah menular ke seluruh dunia. Pastinya ia menjadi satu cabaran yang besar buat mereka yang beragama Islam apabila perlu bekerja ketika sedang berpuasa.

Hal ini turut sama ditempuhi oleh seorang doktor pakar warganegara Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom iaitu Dr Amalina Che Bakri.

Kerja 24 jam tanpa henti

Dalam muat naik terbarunya di Instagram, dia telah mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Selain itu, dia turut menyatakan bahawa masih lagi bekerja dan setakat ini dia perlu bertugas hampir 24 jam lamanya di hospital demi membanteras Covid-19.

 

View this post on Instagram

 

Ramadan Mubarak everyone! I just want to wish to all Muslim frontliners all over the world to keep on fighting, and take care of yourself during this Ramadan period, I know it’s going to be tough but please remember to take a break and break your fast (iftar) on time if possible. Please check with your managers for support and advice. According to Muslim Council of Britain, healthcare staff required to provide care to Covid-19 patients at real risk of dehydration and making clinical errors due to wearing PPE and long shifts and that if they cannot adapt to fasting during shifts, it is permissible to not fast on those days, so please decide what’s best for you. I am working for 24 hours today, and I miss my mum so much but let’s hope that this will be over soon so that we all can see our family soon, InsyAllah 🙏🏽❤️

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Rindu bertemu dengan ibu

Dr Amalina turut mengakui merindui ibunya dan ingin sahaja pulang bertemu insan tersayang bagi menyambut Ramadan. Namun, pastinya ia sukar berlaku melihat daripada kondisi dunia dan juga tanggungjawab yang sedang dipikul olehnya.

Doktor hero kami!

Diakhir perkongsian tersebut, doktor muda itu memaklumkan akan segera pulang bertemu ibu tersayang seusai tamatnya pendemik Covid-19.

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan kata-kata semangat kepada Dr Amalina agar terus bersemangat dalam menjalankan tugasan. Mereka turut sama mengucapkan selamat berpuasa di bumi UK buat Dr Amalina.

Jaga kesihatan dan kekal sihat

Selamat berpuasa Dr.

Semoga urusan Dr dipermudahkan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Dr Amalina

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.