Memahami kondisi negara yang sedang berjuang dengan pendemik Covid-19, hampir keseluruhan rakyat Malaysia akur dan patuh dengan arahan PKP. Namun, tidak dinafikan bahawa sumber pendapatan masing-masing terjejas teruk.
Jual tudung atas motor
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Penang Kini, seorang pengguna laman sosial dikenali sebagai Alin Taharin telah memuat naik beberapa foto yang menghibakan apabila terlihat seorang lelaki disisi motosikalnya sambil menjual tudung.
Untuk beli pampers & susu anak
Dia telah menggantung kadboard memberitahu bahawa dia menjual tudung-tudung tersebut untuk mendapatkan duit bagi membeli lampin serta susu buat anaknya.
Dalam keadaan panas terik, dia telah memarkir motosikal tersebut di kawasan Petronas Seberang Jaya bagi berjualan tudung yang digantung di motosikalnya.
Susah orang kita tak tahu
Perkongsian yang dibuat oleh sumber telah menarik ramai orang untuk meninggalkan komen diruangan tersebut. Rata-rata mereka meluahkan rasa sebak dengan kesukaran yang dihadapi oleh lelaki itu yang berusaha mencari duit demi anak-anak di rumah.
Semoga menjadi rezekinya dibulan Ramadan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM
Sumber : Penang Kini, Alin Taharin
PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.