Terkejvt Aafiyah Sebut Nama Dato’ Siti Nurhaliza, Netizen Cair

Ibu bapa mana yang tidak seronok apabila mendengar perkataan pertama yang diungkapkan oleh bayi mereka. Walaupun bagi kebanyakkan bayi, perkataan pertama mereka adalah perkataan yang paling selalu mereka dengar, semua ibu bapa ingin perkataan pertama anak mereka menjadi panggilan untuk nama mereka.

Apa yang lebih mengujakan dari mendengar anak menyebut papa atau mama adalah apabila mereka berjaya menyebut nama penuh ibu bapa.

Memori seperti itu tentunya dapat membuat sesiapa sahaja terharu dan bangga, seperti yang dapat dilihat dalam video IG Story Dato Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.


Klip video TokTi yang tular di Twitter memperlihatkan penyanyi ikonik negara itu mendukung puteri sulungnya Siti Aafiyah. Aafiyah kemudian mula bercakap kepada kamera meminta penonton untuk mendapatkan tudung ibunya.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah apabila Aafiyah menyebut nama penuh TokTi, ‘Dato Siti Nurhaliza’ membuatkan hati penonton menjerit awww sementara ibunya sendiri menahan ketawa.

Pada kapsyen di video tersebut, TokTi meluahkan rasa terkejut mendengar Aafiyah menyebut nama penuhnya. Gelagat anak beranak itu membuat rata-rata netizen cair dan terharu.

“sebut nama mak tak pelat…”

“struggle bebenor nak sebut tu…”

“Muka Tokti terkejut + tahan ketawa…”

“dengan hidung kembang kuncup…”

“Comel je tokti muka terkejut…”

“Semput nak sebut nama mak sendiri…”

“hmmm betul ke yang aku dgr ni…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.