Siti Elizad Berjaya Khatam Al-Quran Sepanjang PKP

Pelakon Siti Elizad meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dilaksanakan 18 Mac lalu.

Menerusi laman Instagram, pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berharap agar dapat memulakan sesi yang baru sempena ketibaan Ramadan tahun ini.

“Alhamdullillah, saya mendapat peluang untuk khatam al-Quran musim PKP sambil bekerja dari rumah. Inshaallah esok boleh mula yang baru pula untuk Ramadhan tahun ni.
“Macam tak percaya dah nak puasa. May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good health & wealth,” tulisnya.

Tampil manis bertelekung di samping suami Shamsul Baharin Rahman, posting pelakon berusia 35 tahun itu mendapat pelbagai komen positif daripada peminat dan pengikutnya.

Sama la kita sis!

Alhamdulillah! Moga dikurniakan zuriat tahun ni

Selamat menyambut bulan puasa kak!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Siti Elizad

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.