“RM10,000 Satu Reviu, Kalau Sanggup Bayar Aku Buat, Tapi..”Michael Ang Tak Nak Buat Reviu Pr0duk Sebab…

Pengarah dan penerbit Michael Ang memberitahu kepada umum bahawa dia tidak menyediakan sebarang bentuk perkhidmatan reviu produk di platform media sosialnya.

Justeru, menurut Michael, dia meminta orang ramai untuk berhenti daripada terus bertanyakan kepadanya prosedur bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

“Tak payahlah hantar kat aku, tanya macam mana nak reviu, memang aku tak buat reviu. Memang ramai orang tanya aku berapa harga reviu.

“Korang nak tahu berapa? RM10,000 satu reviu. Kau sanggup bayar? Kalau sanggup bayar aku buat, tapi tak payahlah…,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.


Menurut Michael lagi, dia enggan melakukan reviu produk kerana tidak mahu ‘terpaksa’ menipu pengikutnya dengan produk yang mungkin tidak berkualiti.

“Nanti kalau korang hantar, kalau tak sedap, aku tak nak reviu, aku yang susah hati, sebab kesian hantar dari jauh-jauh.

“Tapi kalau aku reviu, macam aku menipu orang, tak sedap kata sedap, itulah dilema,” jelasnya.

Begitupun, menurut Michael sekiranya sesuatu produk itu bagus, dengan secara sukarela dia akan memberikan reviu secara percuma.

“Kalau aku nak, aku akan cari sendiri IG korang, aku pesan, aku akan bayar. Kalau betul-betul sedap aku akan dengan percuma reviu sendiri secara jujur,” ceritanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.