“Di Bulan Ramadan Takkan Main Twitter Je.” Ucapan ‘Semp0i’ Menteri Ag@ma Penuh Ceria

Sebentar tadi, menerusi Sidang Media Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri telah membacakan perutusan menjelang bulan Ramadan yang dijangka jatuh pada hari esok.

Dalam ucapan tersebut, beliau telah memaklumkan berkaitan ‘kebiasaan normal yang baharu’ apabila tiada lagi bazar Ramadan dan juga solat terawih berjemaah di masjid ataupun surau pada tahun ini.

Ramadan New Normal

Walau bagaimanapun, ibadah puasa masih berjalan seperti biasa dan orang ramai boleh mendapatkan juadah kegemaran mereka secara atas talian.

Namun begitu, teks ucapan yang dibaca menteri kedengaran begitu ‘sempoi’ dan dekat dengan masyarakat apabila turut sama menggunakan contoh seperti perutusan Perdana Menteri satu ketika dahulu.

Ucapan simple tapi penuh nasihat

Menuturkan dalam intonasi yang lembut dan seolah-olah sedang berceramah di masjid, perutusan yang dibuat oleh Menteri Agama itu telah mendapat pelbagai respon positif dalam kalangan warganet.

Rata-rata berasa seronok mendengar perutusan berkaitan bulan mulia itu dan mengakui selesa dengan intonasi yang digunakan oleh Dr Zulkifli Al Bakri.

Macam tengah dengar tazkirah

Tenang je dengan perutusan Menteri Agama

Tengah main Twitter terus tercyduk!

Ucapan yang dibuat sebentar tadi dilihat begitu ringkas, namun cukup padat dengan nasihat serta pesanan-pesanan kepada umat Islam dan juga rakyat Malaysia berkenaan amalan semasa bulan Ramadan.

Sehubungan dengan itu, sebagai langkah membendung Covid-19, perlulah kita sama-sama mematuhi pesanan tersebut demi kesejahteraan bersama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Dr Zulkifli Al Bakri, Twitter

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.