Derlta Lvmph, Izam EYE Terp@ksa Tebalkan Muka Merayu Diberi Bantuan

Sekitar 90an, kumpulan rock EYE sangat popular dengan lagu Izinkan Selamanya Namamu Dihati. Lagu tersebut juga masih  menjadi siulan sehingga ke hari ini.

Namun begitu, vokalis utamanya, Izam telah ditimpa ujian apabila disahkan lumpuh peringkat pertama sejak setahun lalu.

Rayu bantuan kerana tiada pendapatan

Perkara tersebut dinyatakan menerusi Berita Harian apabila Izam terpaksa meminta bantuan disebabkan buntu kerana tiada sumber pendapatan berikutan Perintah kawalan Pergerakkan.

“Sebelum ini, saya mampu bertahan apabila menyanyi menggunakan kerusi roda. Jadi, saya masih ada sumber pendapatan untuk menanggung keluarga.”

“Bagaimanapun, sekarang saya berdepan dengan situasi getir hilang punca pendapatan berikutan tempoh PKP. Lagipun, mahu menyambut Ramadan.”

Buang rasa malu sebab terdesak

Sebelum ini, Izam masih mampu untuk mengambil undangan nyanyian walaupun berkerusi roda, namun sejak PKP berlangsung dia hilang punca pendapatan dan terpaksa menebalkan muka  meminta sumbangan kerana perlu menanggung dua isteri dan 7 orang anak.

“Kini, saya tiada pilihan dan terpaksa minta sumbangan. Saya amat terdesak. Kalau fikir malu, ia tidak membawa kesudahan. Orang nak kata apa, terpulang.”

Terdahulu, Ejam memaklumkan bahawa dia telah diserang angin ahmar ketika pulang dari melakukan persembahan. Sewaktu memandu kereta untuk pulang ke rumah, dia terpaksa menggantikan pemanduannya dengan rakan kerana kaki terasa lenguh.

Pada keesokkan harinya dia mendapati kakinya sukar digerakkan dan menerusi laporan hospital, Izam disahkan lumpuh separuh badan peringkat pertama. Dia yang turut mempunyai beberapa penyakit lain bergerak menggunakan kerusi roda selepas itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Berita Harian

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.