Tiada Jaminan PKP Ditam@tkan 28 April Ini Dr Noor Hisham

Tiada sebarang jaminan dapat diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan pada 28 April ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata langkah pencegahan seperti penjarakan sosial masih perlu dilaksanakan sekiranya PKP ditamatkan.

“Kita tidak pasti lagi PKP tamat ataupun dilanjutkan. Jadi yang pasti kita cuba elakkan perhimpunan.
“Contohnya, kita ada pelajar universiti mereka ingin kembali ke kampung mereka tetapi kita kena pastikan tiada perhimpunan ataupun…
“…kesesakan berlaku di stesen dan sebagainya. Itu yang paling penting elakkan kesesakan dan pastinya penjarakan sosial,” katanya petang semalam.

Tambah Noor Hisham, pihaknya masih memantau data harian dan belum membuat keputusan sama ada PKP akan disambung ataupun tidak.

Terdahulu, fasa pertama PKP adalah pada 18 Mac dan tamat pada 31 Mac. Manakala fasa kedua adalah pada 1 April hingga 14 April dan kini fasa ketiga adalah pada 15 April hingga 28 April depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Malaysia Gazette , Astro Awani

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.