Dari resepi-resepi masakan yang tidak jadi sehinggakan gosip-gosip semasa menjadi hiburan ketika semua rakyat diminta untuk kekal dirumah sehingga dimaklumkan PKP ditamatkan.
Dah boleh lepas oksigen sekejap2
Merujuk kepada itu, bapa kepada adik Ainul Mardhiah yang pernah tular satu ketika dahulu disebabkan kisahnya yang berjaya menghadapi satu pembedahan besar telah mencuri perhatian warganet.
Ahmas Safiuddin telah memuat naik gambar terbaru anaknya yang sudah pun berusia hampir 2 tahun dan kelihatan semakin sihat. Kali ini, kanak-kanak tersebut sudah menunjukkan perkembangan positif apabila mampu bernafas tanpa tong oksigen.
Rambut baru dia comel betul!
Ibunya turut memuat naik wajah Ainul yang comel dengan potongan rambut baru yang memperlihatkannya semakin membesar.
Ainul juga telihat aktif bermain denga permainan kanak-kanak dan cukup berbeza dengan keadaannya satu masa dahulu.
View this post on Instagram
Comelnya rambut diaa….
Sehubungan dengan hal tersebut, rata-rata warganet serta Dr Amalina Che Bakri telah meninggalkan komen diruangan Instagram ibu dan bapa Ainul dengan memuji kecomelan kanak-kanak yang pernah digelar bayi kesayangan Malaysia itu.
Mereka turut mendoakan agar adik Ainul terus sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak seusia dengannya nanti.
Yeahhh tak pakai oksigen!
Geram betul tengok pipi dia tu
Semoga sihat selalu sayang
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM
Sumber : Nurul Erwani, Ahmad Safiuddin
PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.