“Berbakat Sangat D0ktor Ni,”Masa Buat Buat Rawatan Gigi, Shiha Zikir Siap Nyanyi Duet Dengan D0ktor

Baru-baru ini, seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr. Hafiz Zainal ada berkongsi satu rakaman video di akaun Twitter miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan penyanyi Shiha Zikir sedang menyanyikan lagu Terlanjur Cinta nyanyian asal penyanyi Indonesia, Rossa dan Pasha.

Apa yang menarik, Shiha turut berduet bersama doktor gigi berkenaan selepas menjalani rawatan gigi di kliniknya.

“Lepas dentist buat whitening, ajak patient nyanyi sekali @shihazikir87,” tulisnya.


Lantas, perkongsian itu mendapat perhatian dan telah meraih lebih 40 ribu tontonan daripada netizen.

Malah, rata-rata daripada mereka turut memberi reaksi dengan memuji nyanyian mereka sangat lunak dan merdu.

Wah! Bertuahnya dapat menyanyi bersama dengan Shiha. Pasti seronok kan?

Video: Twitter Dr. Hafiz Zainal