“Saya Tak Ajar Dia Pun, Kebanyakannya Menjadi” Putlng Masih Melekat Mulut, Bapa Terkejvt Anaknya Pandai Main G0ng… Rluh Serumah

ERTI bosan tiada dalam kamus keluarga ini yang menjalani kehidupan di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Duduk di ruang tamu, seorang bapa bersama empat anaknya mula memainkan peranan masing-masing dengan bermain alat muzik tradisional.

Menerusi video yang tular di media sosial, salah seorang anak kecilnya yang masih menghisap puting turut membuat penampilan mengetuk gong mengikut irama.

Bercakap kepada mStar, bapa berkenaan, Mohd Khairi Abd Rani berkata, bermain alat muzik bersama anak-anak merupakan antara aktiviti bagi mengisi masa lapang semasa PKP.

Mohd Khairi melayan ragam anak-anak di rumah.

Tidak mahu menumpukan pada sesi pelajaran semata-mata, bapa berusia 39 tahun itu turut mahu menerapkan aktiviti menyeronokkan di rumah.

“Masa PKP ni saya kena disiplinkan anak-anak dan bagi mereka faham mengenai arahan untuk berada di rumah. Jadi, saya mengajak mereka berlatih bermain alat muzik.

“Sebenarnya, anak saya yang sulung dan kedua saja tahu bermain, tetapi yang ketiga dan bongsu juga mahu ikut serta sampai berebut pilih alat muzik.

“Selain gong, ada seruling, gendang ibu dan gendang anak serta akordion. Lagu-lagu yang dimainkan pula dari irama tradisonal, lagu-lagu moden sehingga ke Bollywood,” katanya kepadanya.

Anak bongsu Mohd Khairi yang baru berusia dua tahun turut bermain alat muzik.

Mohd Khairi yang menetap di Kampung Hutan Kampung di Alor Setar, Kedah bagaimanapun tidak menyangka anak bongsunya dilihat memahami mengikut rentak persembahan.

“Yang bongsu baru boleh bercakap sikit-sikit, puting pun asyik melekat kalau tak nanti menangis. Tapi tangan tu tetap nak ketuk gong.

Terkejut saya apabila ada yang sedia bayar kami yang biasa-biasa ni untuk buat persembahan dengan hanya membuat rakaman dari rumah.

MOHD KHAIRI

“Saya tak ajar dia pun, tapi bila dia ketuk-ketuk macam kena pula rentaknya. Ada waktu ketukannya tak kena, tapi kebanyakannya menjadi… memang saya terkejut,” katanya sambil menambah empat anaknya masing-masing berusia 10, lapan, lima dan dua tahun.

Menurut pegawai Majlis Bandaraya Alor Setar itu, dia mula mengasah bakat bermain alat muzik tradisional sejak kecil mengikut jejak langkah arwah datuk termasuk bapanya.

Mohd Khari (tengah) bersama kumpulannya membuat persembahan pada majlis keramaian.

Memasuki alam remaja, bakat itu dijadikan sebagai pendapatan sampingan dengan mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan keramaian bersama kumpulannya.

“Kali terakhir saya dan kumpulan membuat persembahan adalah di majlis perkahwinan sebelum pelaksanaan PKP awal Mac lalu. Saya pula kini bertugas mengikut giliran.

“Sekarang ni saya buat persembahan bersama anak-anak di rumah, dan kongsi di laman sosial untuk menghiburkan mereka yang juga setia duduk di rumah,” tambahnya.

Tempoh PKP diisi masa bersama keluarga di rumah.

Bagaimanapun, rezeki menyebelahinya susulan video-videonya bersama anak-anak bermain alat muzik tradisional yang tular apabila ada pihak yang mahu mendapatkan khidmatnya.

“Terkejut saya apabila ada yang sedia bayar kami yang biasa-biasa ni untuk buat persembahan dengan hanya membuat rakaman dari rumah sempena sambutan hari jadi.

“Selain itu, banyak juga permintaan daripada orang ramai untuk kami buat persembahan macam-macam lagu, saya dan anak-anak cuba penuhi selagi boleh. Jika ada tawaran berbayar untuk kami buat show lagi, saya tak tolak dan anggap itu adalah rezeki anak-anak yang duduk di rumah,” ujar Mohd Khairi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.