‘Pan@s’ Teng0k Nurse Diherdlk, D0ktor Tak Teragak-Agak S0und Warls Pesaklt… Apa Yang Dilihat Selepas Itu Cukup Menyayat Hati “Sebab Itu K0rang Patut H0rmat Mereka”

SELAIN doktor, insan yang bertungkus lumus dalam memastikan pesakit mendapat rawatan yang terbaik adalah jururawat.

Golongan inilah yang menjadi tulang belakang dalam memastikan kelancaran operasi di sesebuah hospital ataupun klinik.

Namun di sebalik bakti yang dicurahkan tanpa mengenal erti penat dan lelah, masih wujud segelintir masyarakat yang tidak tahu menghargai malah memandang sinis profesion seorang jururawat.

Baru-baru ini seorang doktor berkongsi kisah di mana waris seorang pesakit mengherdik seorang jururawat yang ditugaskan di wad yang menempatkan bapanya.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, doktor bernama Ahmad Samhan itu berkata, kejadian tersebut berlaku di depan matanya sendiri, sehingga dia mengambil keputusan untuk menegur perbuatan tidak sopan individu tersebut.

Sebahagian posting Dr Ahmad Samhan mengenai insiden seorang jururawat dherdik waris pesakit.

“Dari tadi aku dah perhatikan waris pesakit ini agak kurang sopan dengan nurse. Minta itu, minta ini, ada sajalah yang tak kena di mata dia,” tulis Dr Ahmad Samhan.

Menurut doktor tersebut, sebaik sahaja dia memperkenalkan diri dan bertanyakan masalah yang dihadapi, waris itu tanpa segan silu mengherdik jururawat berkenaan dan memperlekehkan taraf pendidikannya.

Nurse itu diam membisu sepatah tak berbunyi. Aku dah tak boleh tahan. ‘Jangan kurang ajar boleh tak? Ingat nurse ini hamba ke? Encik keluar!!’

“Aku pun ada tahap sabar juga. Pantang betul kalau kita dah cakap baik-baik tapi masih nak berlagak tunjuk belang.

“Aku tak kisah pun kau siapa. Aku tak kisah kalau kau nak saman. Aku tak kisah nak menjawab dengan orang atasan. Yang aku tahu, kau tak berhak langsung nak menghina,” tulisnya lagi.

Peranan jururawat penting dalam memastikan kelancaran operasi di sesebuah hospital atau klinik. Foto: Bernama

Tambah Dr Ahmad Samhan, lebih terkesan, selepas insiden tersebut, dia terperasan jururawat tersebut tertunduk-tunduk sambil mengeluarkan isi perutnya di satu sudut di wad berkenaan.

“Mengandung rupanya. Dengan muka yang pucat dan keletihan tapi tetap bekerja dengan senyum manis di depan pesakit. Luar biasa hebat!” tulisnya yang turut memuatnaik gambar memaparkan jururawat tersebut yang sedang muntah.

Mereka ini kalau setakat nak mandikan pesakit, tukarkan pampers, basuhkan najis semua tu dah jadi perkara biasa. Tau-tau pesakit dah bersih, kemas dan ceria. Mereka ini kerja tak kira masa.

DR AHMAD SAMHAN

DOKTOR

Tambah Dr Ahmad Samhan, sungguhpun berpangkat sebagai seorang doktor, namun dia sendiri secara peribadi tetap menghormati seorang jururawat kerana baginya, tidak semua orang mampu melakukan tugas mereka khususnya berkaitan kebersihan pesakit.

“Mereka ini yang selalu diherdik dihina oleh pesakit dan waris, tetap ikhlas buat kerja tanpa banyak bicara. Mereka ini setakat wad pecah tunggang langgang, mereka pandang sebelah mata. Cukup cekap dan sangat cemerlang pula dalam menjaga masa.

“Mereka ini kalau setakat nak mandikan pesakit, tukarkan pampers, basuhkan najis semua tu dah jadi perkara biasa. Tau-tau pesakit dah bersih, kemas dan ceria. Mereka ini kerja tak kira masa. Cuti sekolah belum tentu cuti apatah lagi cuti raya,” tulisnya.

Dr Ahmad Samhan (dua,kanan) bersama rakan setugas.

Malah kata doktor ini lagi, golongan ini juga langsung tidak pernah berkira sekali pun terpaksa korbankan masa bersama keluarga sendiri kerana dedikasi kepada tugas.

“Mereka ini kalau setakat demam biasa dan lenguh-lenguh badan, selagi larat takkan sesekali ponteng kerja. Mereka ini walaupun berjauhan dengan anak dah berbulan, rasa rindu yang teramat tapi tak pernah sekali pun cincai dalam kerja.

“Mereka ini ada yang dah bertahun minta tukar tempat kerja untuk dekat dengan keluarga, walaupun tak pernah dapat tetaplah menunggu dengan sabar. Mereka ini walaupun baru lepas bertengkar dengan suami, simpan muka sedih. Tetap datang kerja macam biasa dan ukirkan senyuman manis.

Antara komen netizen pada perkongsian Dr Ahmad Samhan.

“Mereka ni anak sendiri sakit demam pun tak terjaga kerana sibuk menjaga pesakit lain yang bukan pun keluarga sendiri. Sebab itu korang patut hormat mereka. Jangan sesekali bersikap kasar apalagi mengherdik.

“Kongsikan cerita ini pada orang lain sebab masih ramai yang tak tahu pengorbanan nurse dan tak reti nak hormat orang,” tulisnya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih 7,300 shares dan dibanjiri ribuan komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.