Nana Mahazan Seb@k Imbau Kenangan Di AF, Ada Yang Nak Lvdah Dan Bal!ng Batv “Sh0w Banyak Walaupun 0rang Kata Saya Tak B0leh Menyanyi”

PENGACARA Nana Mahazan sebak setiap kali mengimbau kenangan ketika dia mula melangkah ke industri seni menerusi program realiti Akademi Fantasia musim pertama iaitu pada 2003.

Pemilik nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 27, berkata pelbagai kecaman yang dilemparkan kepadanya sehingga membuatkan ibunya, Rosnah Harun menangis.

Nana berkongsi mengenai perjalanannya menyertai program AF di Instagram.

“Ada yang kecam kata kalau saya balik Muar, Johor nak ludah. Betapa bencinya. Selain itu, ada yang nak baling batu sebab katanya saya tak patut masuk AF.

“Bila ingat semula, saya pun rasa sedih… Yela, orang tak suka tapi saya faham dan okay. Tapi yang buat saya sedih bila melihat mak yang terpaksa melalui semua itu sepanjang saya dalam AF.

“Orang mengata dan cakap benda tak elok fasal anak dia. Ada ketika mak menangis pukul 3 pagi dan ketika itu usia saya baru 19 tahun dan tak berapa faham lagi.

“Tapi bila saya baca komen netizen ketika itu, barulah saya faham kenapa mak menangis,” kata Nana menerusi video perkongsiaanya yang dimuat naik di Instagram.

Buat sesuatu kena ikhlas dari hati dan bila kita baik dengan semua orang, rezeki ada.

NANA MAHAZAN

PENGACARA DAN PENYANYI

Menerusi video tersebut, pengacara programn HTV ini sebak dan menangis ketika berkongsi perjalanannya sebelum dan selepas menyertai program realiti pertama tersebut.

Dalam pada itu, Nana memberitahu tangisannya itu disebabkan dia berasa gembira dengan dirinya sendiri dan bersyukur menerima rezeki yang banyak ketika itu biarpun ramai orang membencinya.

“Saya menangis sebab gembira, saya sentiasa menjadi diri sendiri dan saya beremosi sebab AF menjadikan saya kuat. Satu benda yang saya belajar, kita kena sentiasa menjadi diri sendiri.

“Buat sesuatu kena ikhlas dari hati dan bila kita baik dengan semua orang, rezeki ada. Sejujurnya, ketika itu show banyak gila walaupun orang tak suka dan kata saya tak boleh menyanyi,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.