Kucaimars Ditvduh ‘Kakl Perempuan’ “Apa Yang Did@kwa Itu Tlada Buktl”

TUDUHAN seorang pengguna laman Twitter mengenai mengatakan Kucaimars seorang ‘kaki perempuan’ tidak memberi kesan kepada penyanyi tersebut.

Menurut Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 23, dia menyedari dakwaan tersebut menjadi tular di laman sosial namun memilih untuk tidak mengambil perkara itu secara serius.

Malah, penyanyi lagu Khayalan ini enggan mengambil sebarang tindakan dan mahu membiarkan sahaja perkara itu menjadi bualan netizen.

Paparan skrin perbualan yang mendakwa Kucaimars suka permainkan wanita.

“Sebenarnya saya jarang lihat Twitter tapi saya sedar mengenai dakwaan tersebut selepas ramai peminat yang tag saya di status itu. Dah nak masuk bulan Ramadan pun, ada orang buat macam itu.

“Sejujurnya semua dakwaan tersebut adalah tidak benar. Kalau betul, sudah tentu saya akan melawan semula. Tapi memandangkan ia hanya rekaan, saya malas nak layan.

“Lagipun orang yang mendedahkan perkara itu menggunakan akaun palsu. Saya jenis yang tak kisah sangat bab ini dan mahu biarkan saja tanpa sebarang tindakan,” kata Kucaimars kepadanya.

Apa yang didakwa itu pun tanpa ada bukti dan memang individu tersebut sengaja nak reka cerita.

KUCAIMARS

PENYANYI

Kucaimars diminta mengulas mengenai paparan skrin perbualan antara dua pihak dan salah seorang individu tersebut mendakwa kawan perempuannya pernah mangsa Kucaimars.

Menerusi perbualan tersebut, individu itu mahu mendedahkan perangai buruk Kucaimars yang gemar mempermainkan wanita dan meninggalkan mereka selepas memberiakan janji manis.

Dalam pada itu, bekas peserta program Big Stage musim pertama ini memberitahu biarpun tuduhan tersebut dilihat negatif namun dia mahu mengambil perkara itu secara positif.

Kucaimars ambil dakwaan tersebut secara positif.

“Apa yang didakwa itu pun tanpa ada bukti dan memang individu tersebut sengaja nak reka cerita. Benda ini pertama kali terjadi dan saya anggap ia asam garam dalam industri hiburan.

“Walaupun ia sesuatu yang agak negatif tapi saya ambil secara positif sahaja. Mungkin individu tersebut mahukan perhatian dan dalam pada masa yang sama dia beri perhatian itu kepada saya.

“Sekurang-kurangnya dia memberi peluang untuk orang mengenali saya. Kepada orang yang reka dan sebarkan cerita itu, semoga dia berjaya dalam hidupnya,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.