Setiap wanita yang bergelar seorang isteri pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai zuriat, mengandung dan melahirkan. Namun, tidak semua dapat merasai nikmat seperti.
Baru-baru ini kecoh di Instagram penyanyi Fynn Jamal, berkenaan isu seorang gadis yang hamil luar nikah meminta pertolongan seorang wanita dikatakan menjual pil keguguran.
Awak ingat Fynn Jamal boleh tolong ke?
Namun, dalam perbualan meseg yang dimuat naik Fynn di IG, memaparkan wanita dengan nama akauan @RizqinThahirah, ada bercakap mengenai penyanyi itu yang dikatanya mandul dan tidak akan boleh memahami perasaan orang mengandung.
Difahamkan, perbualan itu adalah di antara seorang gadis hamil luar nikah dan wanita tersebut. Namun, Fynn yang mempunyai perbezaan pendapat dengan wanita itu telah bertindak mahu menyelidik lebih lanjut latar belakang wanita itu.
Perkhidmatan gugur kandungan secara sah
Di dalam perbualan meseg itu, wanita terbabit mendakwa dia merupakan kakitangan Federation Of Reproductive Health Associatios Malaysia (FRHAM) yang menjalankan perkhidmatan menggugurkan kandungan secara sah.
Dalam pada itu, penyanyi itu berkongsi satu lagi perbualan meseg daripada salah seorang kenalan, memberitahu wanita tersebut telah mengumpulkan rakan-rakan untuk menyokongnya.
Sementara itu, Fynn sudah mendapatkan beberapa maklumat daripada pihak FRHAM sendiri mengenai tindakan wanita tersebut, dan kini siasatan sedang dijalankan oleh pihak institusi tersebut.
Setakat ini, Fynn Jamal masih lagi meneruskan usahanya untuk memburu wanita tersebut, diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan profesional tanpa perlu mengaibkan mana-mana pihak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakKLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.