Lel0ng Kasut Mah@l, Radin Sedekah 100% Keuntungan Buat Insan Memerlukan

Ramai yang terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah berkuat kuasa sejak 18 Mac 2020. Ramai yang terpaksa menghentikan sementara waktu pencarian rezeki dan terpaksa bergantung sepenuhnya dengan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan ataupun insan prihatin.

Sebelum ini, nama Radin pernah disebut-sebut apabila dirinya dan bersama beberapa rakan yang lain, membuat keputusan untuk memberikan separuh gajinya buat golongan yang lebih memerlukan.

Kali ni buat lelongan amal pula..

Menerusi laman Instagram miliknya, Radin penyampai radio Era kini tampil dengan lelongan amal untuk membantu golongan yang terjejas sepanjang PKP fasa ketiga dilaksanakan.


Lelongan amal ini akan menyaksikan Radin melelong sebahagian koleksi kasut berjenama dan 100% keuntungan akan disalurkan kepada insan yang memerlukan.

“Saya buka kaya, tapi pernah merasa tiada…”

Malah, keuntungan ini juga bakal digunakan untuk membeli keperluan asas seperti hand sanitizer dan penutup mulut buat barisan hadapan negara. Lelongan amal ini akan dilaksanakan pada hari ini, jam 9 malam menerusi laman Instagram miliknya.

Sudah tentunya, idea dan kerja murni oleh Radin ini mendapat pujian daripada orang ramai serta rakan artis sendiri. Diharapkan agar ramai yang jadikan Radin sebagai contoh dan juga ispirasi dalam hidup.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Radin Era.

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.