Isteri Wajah Serlus Bila Gunting Rambut Fizz Fairuz Curl Tumpuan Ramai

Seperti yang semua sedia maklum, di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, orang ramai dinasihatkan untuk duduk dirumah agar dapat mengelak penularan Covid-19.

Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini rambut lelaki pasti mulai panjang dan sudah beberapa individu yang kita lihat suami memberikan kepercayaan memotong rambut kepada isteri.

Pun begitu, pelbagai style rambut ada yang menjadi dan juga sebaliknya berlaku shingga mengundang gelak ramai. Terbaru pula, pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia pula menjadi perhatian ramai.

Oleh kerana, gara-gara premis perkhidmatan memotong rambut tidak beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac lalu, pelakon terkenal Fizz Fairuz juga memberikan kepercayaan itu kepada Almy Nadia.

Menerusi video 1 minit dikongsikan Fizz Fairuz, dapat diperhatikan isterinya itu bertungkus lumus memotong rambut. Apa yang membuatkan, peminat dan pengikut terhibur apabila melihat wajah serius Almy Nadia.


“Fizzalmy salon ahaha. Korang rasa, aku berpeluh sebab apa?? Salon Almy Nadia akan dibuka lepas PKP nanti… tapi untuk suami dia sahaja. Hahaha…” ujarnya yang dilihat berpuas hati dengan hasil potongan rambut dari isteri.

Dalam pada itu, rata-rata berseloroh dengan wajah serius isteri pelakon ini kerana dilihat terlalu fokus memotong rambut suaminya selain kulit wajah Almy Nadia juga mencuri tumpuan ramai.

Reaksi ramai diruangan komen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Instagram Datuk Fizz Fairuz

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.