Fendy Bakry Ucap Terima Kasih Kepada Aliff Syukri Kerana Buktikan Keberkesanan Surgical Mask

Pelakon Fendy Bakry pada Ahad telah memuat naik sepotong video daripada IGTV usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang sedang menguji ‘face mask’ keluarannya.

Video Aliff Syukri itu telah menjadi tular kerana ‘face mask’ yang didakwa kalis air itu ‘kantoi’ apabila ia bocor selepas air dituangkan ke atasnya.

Sebaliknya berlaku kepada ‘surgical face mask’ apabila ujian sama dilakukan ke atasnya dan perkara tersebut telah menarik perhatian ramai netizen termasuk Da’i Wan.

Sementara Fendy Bakry pula bertindak bijak dengan menggunakan video tersebut untuk mempromosikan ‘surgical face mask’ dan mangga Harum Manis jualannya.

“Terima kasih Dato Aliff sebab menunjukkan penggunaan mask dengan betul dan menunjukkan mask yang sememangnya ada certificate terjamin selamat…Even air pun tak menitik turun bawah.

“Owh ya, Dato jugak tengah makan harum manis, nampak sedap sampai tepis segalanya di tepi hahaaha,” tulisnya.

Perkongsian tersebut kemudiannya menarik perhatian rakan-rakan selebriti lain yang terhibur melihat posting ‘serampang dua mata’ Fendy itu.


Pendakwah bebas, Da’i Wan Dazri menegur tindakan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang memperdaya pengikut dengan menjual produk topeng muka tanpa mengikut piawaian sepatutnya.

Terdahulu, pendakwah bebas Dai’ Wan menyelar tindakan Aliff yang menyifatkan perbuatan usahawan tersebut sebagai menipu pelanggannya.

Da’i Wan menegaskan perbuatan tersebut bersifat dosa besar dan haram di sisi agama Islam.

“Sesungguhnya Datuk Aliff Syukri telah menipu dengan Face Mask penjualannya.

“Ini bukan lagi satu kelucuan, ini satu pendustaan yang terang-terangan wujud ketika mengiklankan produknya ketika berniaga.

“Perbuatan itu jelas haram dan jika dia teruskan maka dihukumkan pada zahirnya berdosa,” tegasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.