Dah Beli Alr Tak Cukup Duit Beli Telur, Ibu Bawa Anak Kecil Sama2 Cari Tin K0song Nak Dijual

Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, makin banyak sebenarnya kita lihat ramai golongan yang memerlukan terpaksa juga keluar untuk mencari duit demi meneruskan kelangsungan hidup.

Terbaru, menerusi hantaran di Facebook Malaysian Relief Agency Johor, telah berkongsi kisah mengenai ibu bersama anak kecilnya mengutip tin untuk dijual.

Bawa anak kecil cari tin kosong nak dijual

Difahamkan, kumpulan sukarelawan itu secara tidak sengaja terserempak dengan dua beranak tersebut yang sedang berkeliaran mengutip tin.

Berdasarkan apa yang diceritakan, ibu itu terpaksa juga membawa anak kecilnya bersama, kerana di rumah tiada siapa yang boleh menjaga.

Beli air dah tak cukup duit beli telur

Dikatakan, suaminya sudah meninggal dunia, jadi dialah yang kini perlu mencari rezeki untuk keluarganya. Ibu itu berkata, dia mahu menjual tin agar dapat dia membeli telur untuk dibuat lauk memandangkan ada bantuan beras yang diterima.

“Anak pulak haus nak air, dah beli air tak dapat beli telur. Beras memang ada orang bagi, tapi tiada lauk. Anak saya nak makan nasi lauk telur…”

Sayu melihat dua beranak ini, meskipun ada bantuan diperuntukkan tetapi wanita ini yang tiada kemudahan teknologi seperti kita mungkin maklumat tidak sampai kepadanya. Semoga nasib ibu dan anak ini terbela.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Malaysian Relief Agency Johor – MRA JOHOR

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.