Tular F0to Hadiri Jamuan Makan, Exco Perak M0hon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Baru-baru ini heboh diperkatakan mengenai gambar Exco Perak Razman yang tular di media sosial, memaparkan beliau bersama dengan beberapa individu hadir di satu jamuan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memberi maklum balas berikutan isu tersebut, Razman yang Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak telah membuat satu permohonan maaf menerusi Facebooknya.

Saya memohon maaf…

Di dalam entrinya, beliau memohon maaf dan menegaskan penjelasan yang dibuatnya bukanlah untuk melepaskan diri daripada tindakan undang-undang, sebalik memaklumkan keadaan sebenar.

“Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat atas kekhilafan yang berlaku. Pencerahan yang saya berikan ini bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar…”

Misi sebenar untuk hulur bantuan

Razman berkata, pihaknya berada di lokasi tersebut atas tujuan melihat keperluan petugas barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19.

“Untuk makluman saya setiap hari bergerak untuk membantu petugas barisan hadapan, melihat kekurangan peralatan yang dihadapi terutama kepada petugas kesihatan…”

Bagaimana pun, Razman sekali lagi memohon maaf dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Razman Zakaria & Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.