Ruhainies Sudah Biasa Berjauhan Dengan Teman Lelaki “Tiada Masalah Kalau Tak Jumpa Sepanjang PKP”

MESKIPUN tidak dapat bertemu kekasih sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Ruhainies berkata hal itu tidak menjadi masalah buat mereka.

Ruhainies berkata, dia dan teman lelaki sudah terbiasa melalui situasi sebegini berikutan kekasihnya menetap di London.

“Mestilah rindu dekat buah hati… tapi mungkin sebab kami dah biasa Long Distance Relationship (LDR) jadi apabila tempoh PKP ini tak terasa sangat.

“Sebelum ini pun kami berjauhan, dia bekerja di London dan saya di Malaysia, jadi ia bukan isu besar bagi kami. Sekarang ini dia sudah menetap bersama keluarga di Kuala Lumpur tapi disebabkan PKP, masing-masing duduk rumah sendiri sahaja.

“Tapi cara kami lepaskan rindu, setiap hari kami buat panggilan video, telefon dan berborak sampai malam. Jadi memang tak ada masalah langsung!,” katanya kepadanya.

Ruhainies tiada masalah tidak bertemu kekasih sepanjang tempoh PKP.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata pelaksanaan PKP ini ada hikmah buatnya kerana dia boleh meluangkan masa bersama semua ahli keluarga.

Dia turut mengakui tidak sabar untuk menyambut Ramadan bersama keluarga tersayang kerana tahun ini mereka semua dapat berkumpul bersama tidak seperti sebelumnya.

“Sepanjang PKP ini memang habis masa dekat rumah sahajalah, tengok muka adik-beradik 24 jam, kemas rumah, belajar memasak.

“Sebenarnya ada hikmah juga… sebab saya dapat luangkan lebih masa dengan mereka yang mungkin sebelum ini kita ada tertinggal waktu berharga bersama.

“Sekarang ini saya tak sabar menanti Ramadan kerana setelah lima tahun, akhirnya kami sekeluarga dapat berbuka bersama-sama. Kalau sebelum ini memang tak boleh nak berkumpul sebab masing-masing sibuk dengan komitmen kerja,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.