Penyanyi popular Yuna mengenang abang iparnya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia dua bulan lalu.
Yuna berkongsi perkara menyentuh hati itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya semalam.
Menurut Yuna, dia seolah tidak percaya Ashraf telah meninggal dunia selama dua bulan.
“Abang Ash, sudah dua bulan, kami masih tak percaya yang awak sudah pergi, saya lihat gambar-gambar, rasa tak percaya kita diberi peluang untuk melepak kali terakhir di New York.
“Kadang-kadang saya juga terfikir yang awak akan datang bersama Bunga ke Los Angeles dan meluangkan masa bersama kami seperti ia akan berlaku lagi,” tulis Yuna sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Yuna juga teringat akan kebimbangan Ashraf terhadap penularan wabak COVID-19.
“Ash, awak betul, COVID-19 bukan untuk dibuat main, kami tak akan mentertawakan awak memakai topeng muka lagi.
“Apabila Adam (suami Yuna) memakai topeng muka, saya akan teringat dia pernah ketawakan awak ketika memakainya di lapangan terbang,” tulisnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Yuna yang turut tersentuh.
Rata-rata mereka juga menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.
Terdahulu, Ashraf yang juga suami kepada aktres popular Indonesia, Bunga Citra Lestari dilaporkan meninggal dunia pada pagi 18 Februari 2020 disebabkan serangan jantung.
Allahyarham juga meninggalkan seorang anak lelaki, Noah Sinclair yang berusia 10 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakKLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.