Gadis Em0si Llhat Bapa Gigih Bertugas Di Sekatan Jalan Raya, Dah Sebulan Tak Jumpa “Kami Makan Sedap Di Rumah, Baba Makan Tepi Jalan”

TANPA kita sedari, sungguh besar pengorbanan pekerja baris hadapan yang bertungkus-lumus membendung penularan wabak koronavirus.

Ada yang kepenatan akibat bekerja lebih masa, ada jururawat yang tetap bekerja meskipun sedang sarat hamil dan ada juga yang hanya mampu melihat anak-anak dari jauh kerana bimbang mereka dijangkiti virus.

Nasib yang sama menimpa Nur Syazreen Afina, 19, yang memberitahu bahawa dia belum pernah berjumpa bapanya, Zamsari, 53, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac lalu.

Ketika dihubungi mStar, gadis yang lebih mesra disapa Erin itu mendedahkan bapanya yang bertugas sebagai anggota polis masih lagi belum pulang ke rumah untuk berjumpa mereka sekeluarga.

“Baba tinggal di kuarters polis Port Dickson, Negeri Sembilan, sebab dia bekerja di sana. Kami sekeluarga pula menetap di Kajang, Selangor.

“Pada kebiasaannya, baba akan pulang ke rumah setiap hujung minggu sebab jarak rumah dengan kuarters lebih kurang sejam je,” ujar Erin.

Tweet Erin pada Rabu mengundang rasa simpati pengguna Twitter.

Tambahnya lagi, dia berasa sedih melihat bapanya dan rakan sejawat yang lain yang bertugas membuat sekatan jalan raya.

“Baba setiap hari balik lewat, kadang-kadang pernah je dia tidur di balai. Makan pun tak tentu masa, waktu PKP ni dia sering makan di tepi jalan sahaja.

“Sedih juga bila teringat kat baba, kami di rumah makan sedap-sedap, baba makan apa yang dapat sahaja. Saya gemar memasak, baba memang akan makan makanan yang saya masak,” ujar Erin dalam nada yang sebak.

Erin (berkaca mata) memberitahu bapanya kerap pulang ke rumah pada setiap hujung minggu.

Meskipun sibuk dengan tugasnya, Erin memberitahu bahawa bapanya tidak akan terlepas untuk bertanya khabar mereka.

“Baba tidak boleh menggunakan telefon semasa bertugas, bila dia free je, terus dia hubungi kami.

“Setiap hari dia akan telefon ibu, tanya khabar tentang kami.

Sedih juga bila teringat kat baba, kami di rumah makan sedap-sedap, baba makan apa yang dapat sahaja.

ERIN

“Dalam grup WhatsApp pula, dia sentiasa tanya anak-anak dah makan dan solat ke belum,” beritahu Erin yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Erin yang merupakan anak paling rapat dengan bapanya sempat memberi pesanan buat netizen supaya mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk duduk di rumah.

Erin mengakui bahawa dia merupakan anak yang paling rapat dengan bapanya.

“Saya harap kita dapat bebas daripada wabak Covid-19 secepat mungkin untuk memberi peluang kepada frontliner berehat secukupnya.

“Agak lama mereka berjuang menentang koronavirus, sudah tentu mereka juga ingin meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta,” tambah Erin yang menjalankan perniagaan cookies secara dalam talian.

Tweet yang menunjukkan tangkap layar (screenshot) antara Erin dan bapanya itu sehingga kini mendapat 6,400 ulang kicau (retweet) dan 22,300 tanda suka daripada netizen yang rata-rata berasa simpati dengan keadaan tersebut.

“Cakap terima kasih kat ayah awak kerana berada di baris hadapan untuk menetang wabak Covid-19,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Sedih baca kisah awak ni, saya bersyukur kerana dapat RMO bersama keluarga di rumah,” tambah netizen lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber :  mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.