“Dahlah Mah@l, Kepam… Tak Berkualiti” Fasha Sandha kecw@ Bantal Dibeli Secara 0nline Indah Khabar Dari Rupa

PELAKON Fasha Sandha kecewa apabila barangan yang dipesan melalui satu portal membeli-belah dalam talian tidak sama seperti yang diharapkan.

Menurut Fasha, bantal khas untuk ibu mengandung yang dibeli tidak berkualiti dan indah khabar dari rupa.

“Realiti dan jangkaan… memandangkan dah masuk third trimester, badan mula lenguh dan perlukan bantal ini.

“Hari ini baru terima maternity pillow yang dibeli mahal sungguh, sungguhlah kepam… teruk, bad quality.

“Aduh! Tak baik tau aniaya orang kan? Tak apalah kita maafkan, walaupun kita baru lepas menangis kesedihan, dah la menunggu tiga minggu baru sampai,” katanya.

Fasha kecewa bantal yang dibeli berbeza daripada katalog gambar portal berkenaan.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini berkongsi rasa terkilannya itu menerusi Instagram pada Sabtu lalu.

Perkongsian Fasha itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat termasuklah rakan artis antaranya Faradhiya.

“Kebanyakan mereka yang jual online ni memang standard macam ni je. Saya jenis tak beli barang online tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni terjebak beli dua tiga kali.

“Semua yang sampai tak seperti digambarkan… jadi tiada lagi beli online, banyak sangat penipu, sedih dengan manusia-manusia macam ni, tak berkat berniaga,” komen Faradhiya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.